1 Barcelona Gergasi Eropah



Barcelona kini terus mengukuhkan reputasi mereka sebagai kelab gergasi Eropah.

Semalam, kelab dari Sepanyol itu menjulang gelaran pertama pada musim baharu ini selepas bergelar juara Piala Super.

Ia diraih menerusi kemenangan 2-0 ke atas Porto pada aksi pembuka tirai kejuaraan Eropah.

Piala Super menemukan dua kelab Eropah membabitkan juara Liga Juara-Juara serta juara Liga Europa.
Barcelona memegang status sebagai juara Liga Juara-Juara musim lepas, manakala Porto dari Portugal merupakan juara Liga Europa.

Pada aksi pembuka tirai saingan Eropah semalam, pemain baharu Barca, Cesc Fabregas menikmati saat paling indah apabila tampil sebagai penjaring gol pada perlawanan tersebut dan ia merupakan jaringan pertamanya dalam kejohanan berprestij bersama kelab baharunya itu sejak berpindah dari Arsenal awal bulan ini.

Fabregas menemui penyudah hanya dua minit selepas dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.

Lionel Messi meletakkan Barca di depan pada minit ke-39 untuk membantu kelab gergasi Sepanyol itu menambah koleksi kejuaraan Piala Super Eropah selepas mereka turut memenangi Piala Super Sepanyol minggu lepas
Anda sedang membaca artikel Barcelona Gergasi Eropah dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/08/barcelona-gergasi-eropah.html. Semoga artikel Barcelona Gergasi Eropah ini bermanfaat buat anda.


1 comment

28 August 2011 at 14:08

Wah! entry anda sngt cool, suka dan minat nk baca. penulisan yang menarik. Suka dan follow anda ya..

Entry terbaru saya
Emma Watson got pretty legs
(18sx) Ramai suka anime sebab ini lah!
The most happiest women in the world

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors