Biasanya setelah selesai anda install, Gimp akan menggunakan default font yang ada dalam sistem gimp sahaja. Kadang-kadang kita memerlukan penggunaan font yang lain untuk sesuatu kerja yang tidak tersedia dalam Gimp ini. Oleh yang demikian, kali ini saya akan menerangkan kepada anda bagaimana cara untuk menambah font di dalam gimp anda.
Sila pastikan anda mempunyai font yang hendak ditambah untuk dimasukkan kedalam gimp. Anda juga boleh mendapatkan dan memuat turun pelbagai jenis font di laman web dafont.com atau pun menggunakan font yang tersedia dalam sistem windows anda.
Berikut Tutorial Cara memasukkan atau menambah font ke dalam gimp anda :-
- Sekiranya font tersebut didalam format zip,rar atau pun lain dari itu, pastikan anda unzip atau unrar dengan tool yang anda miliki terlebih dahulu.
- Buka perisian Gimp.
- Klik Edit->preferences
- Expand Folders dan klik fonts.
- Tentukan folder yang hendak ditambah dalam gimp. Sebagai alternatif lain, anda juga boleh menambah folder untuk font di dalam setting ini selain font folder dalam sistem gimp anda.
- Klik OK dan Restart Gimp.

3 comments
Whow... Thanks so much Manmala!! awesome abis ! membantu btl hehehe.. Suggestion. Ko bg blog ni jadi niche grafik dan software riview > crack > tutorial software or grafik la. Mesti sedap :D
ada jugak di dalam hati nak wat mcm tu...
Salam bro, akhirnya saya berjumpa juga dengan pengguna GIMP yang membuat entri berkaitan tutorial. Semoga ramai lagi pengguna GIMP yang mendapat manfaat dari entri ini.
Saya juga pengguna GIMP tegar.
Post a Comment