3 iPhone 4S Carian Tertinggi di Google Malaysia




iPhone 4s mencatatkan carian tertinggi di Google Malaysia melalui hasil keputusan Google Zeitgeist berdasarkan terma pencarian tertinggi pada bulan itu di laman web www.google.com.my.



Google Malaysia berkata, pencarian mengenai pengasas Apple, Steve Jobs, 56, yang meninggal dunia baru-baru ini akibat penyakit barah pula menduduki tempat kedua.

Ia diikuti oleh filem Real Steel lakonan Hugh Jackman yang berkisar mengenai sukan tinju di tempat ketiga.

Menurut kenyataan itu, pencarian maklumat berkaitan Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri baru-baru ini menduduki tempat keempat manakala sebuah filem khas mengenai mangsa culik di Jepun, Junko Furuta, 17, yang didera oleh empat orang budak selama 44 hari berada di tempat kelima.

Kisah Muammar Gaddafi yang dibunuh di tempat kelahirannya di Sirte, Libya turut mendapat perhatian pengguna Internet di negara ini apabila menduduki tempat keenam tertinggi dalam carian Google.

Kalau anda menerapkan  SEO dalam ertikel anda, mungkin artikel anda salah satu daripada carian Google yang dicari seterusnya mendapat manfaat dengan trafik/penggunjung yang begitu banyak pada blog anda.

Selamat beramal dan fikir-fikirkan.



Anda sedang membaca artikel iPhone 4S Carian Tertinggi di Google Malaysia dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/11/iphone-4s-carian-tertinggi-di-google.html. Semoga artikel iPhone 4S Carian Tertinggi di Google Malaysia ini bermanfaat buat anda.


3 comments

3 November 2011 at 09:23

org Malaysia ni kaya2 kot.. tu y ramai search pasal Iphone 4s tu.. hehehe

3 November 2011 at 10:04

nuffnang dan adsense haram ke bro..tapi kita sebagai publisher ada hak untuk pilih iklan apa yang keluar sebab ada filter dan penapis setakat ni belum keluar iklan yang bercanggah macam arak atau judi..subahat mungkin..kalau bab subahat guna Google ngan blog pun tak boleh adess.

manmala kalau boleh kongsikan dengan ramai kawan apa yang terbaik

3 November 2011 at 10:42

@Bro Ahmad Iklan Nuffnang setakat ni kat blog saya, judi n arak tu memang takde. tapi kalu perempuan yg tidak menutup aurat tu memang selalu lah ada. Itu dah dikira haram. Mengenai iklan dr Google tu pula, saya dapati iklan yang dipasang pada blog Bro Ahmad tu pun ada FOREX/ dagangan mata wang dunia. Ikuti perbahasan tentang muzakarah JAKIM berkaitan isu ini pada entri bertajuk Muzakarah JAKIM Berkenaan Hukum Forex Trading

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors