NAIB Presiden Kanan Apple, Philip Schiller memberi
penerangan mengenai iPhone 3GS (kiri), iPhone 4 (tengah) dan iPhone 4S
di ibu pejabat firma itu di Cupertino, California kelmarin.
Telefon itu akan dijual di Amerika Syarikat (AS), Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain pada 14 Oktober depan.
Di AS, harga iPhone itu akan bermula daripada AS$199 (RM635) untuk model 16 gigabyte dan AS$399 (RM1,273) untuk model 64 gigabyte.
Namun, iPhone 4S itu dikatakan gagal untuk memikat peminat.
Beberapa penganalisis berkata, keputusan syarikat Apple untuk meneruskan model lama dan mengurangkan harganya akan membantu firma tersebut memperoleh lebih ramai pelanggan.
Antara ciri-ciri baru iPhone 4S adalah :
1. Kamera 8 megapixel dengan resolusi sensor yang lebih tinggi
2. Processor A5 dual-core yang 7 kali lebih pantas dari iPhone 4
3. Design world antena baru yang lebih baik kuasa penerimaannya
4. Bateri yang lebih besar dan tahan lama
5. Menggunakan sistem operasi baru iOS5 yang mempunyai iCloud dan iMessage yang menjadikan iPhone 4S berbeza berbanding iPhone 4.
6. Arahan suara baru SIRI contohnya apabila kita tanya cuaca, iPhone 4S akan menjawab secara automatik laporan cuaca setempat.
1 comment
pengasas apple meninggal duni..check my blog!
Post a Comment