0 Adab Sebelum Tidur Mengikut Sunnah



Sebelum tidur adalah lebih baik kalau seSEOrang itu memulakan dengan adab-adab atau tata tertib sebelum tidur sesuai dengan anjuran Islam yang diajar kepada kita oleh nabi besar kita Muhammad SAW. Anta tanda cinta kepada nabi ialah mengikuti apa yang dilakukan oleh nabi samada melakukan yang disuruh oleh nabi atau meninggalkan yang dilarang olehnya.
Berikut adalah adab-adab yang perlu dilakukan sebelum tidur :-
1. Bersuci (berwudhu' dan bersiwak
2. Berniat utk melakukan ibadat di waktu bangun tidur nanti.
3. Jika ingin menuliskan wasiat utk keluarga, tulis sebelum tidur kerana kemungkinan kita meninggal dunia dlm tidur.
4. Hendaklah bertaubat sebelum tidur, bersih hati terhadap semua kaum muslimin, tiada menyimpan dendam dan berazam utk tidak melakukan maksiat apabila terbangun nanti.
5. Hendaklah jgn terlalu mengambil berat tentang tempat tidurnya supaya ianya empuk dan halus.
6. Jangan memaksa mata utk tidur jika tidak mengantuk, kecuali jika bermaksud utk senang bangun beribadah di waktu malam.
7. hendaklah tidur dengan rusuk sebelah kanan menghadap ke arah kiblat.
8. Membaca surah al-ikhlas, surah al-falaq, an-nas, dan sesudah baca sembur ke tangan dan sapukan tangan pada wajah dan seluruh badan. Selanjutnya boleh membaca ayat kursi dan membaca Subhanallah 33 kali, alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.
9. Hendaklah mengingati bahawa tidur itu semacam mati, manakala bangunnya seakan ba'ats. Dan hendaklah menyakini pula bahawa manusia itu diwafatkan atas adat kebiasaannya, samada dalam hatinya mencintai ALlah ataupun bersarang di dalam hatinya cinta kepada dunia dan kelak ia akan dibangkitkan seperti ia dimatikan.
10. Berdoa ketika bangun tidur. hendaklah dimulakan dengan:
alhamdulillaHillazii ahyaanaa ba'damaa amaatanaa wa ilaiHiinnusyuur.
[Bimbingan Mukminin karangan Imam Ghazali]
Anda sedang membaca artikel Adab Sebelum Tidur Mengikut Sunnah dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/10/adab-sebelum-tidur-mengikut-sunnah.html. Semoga artikel Adab Sebelum Tidur Mengikut Sunnah ini bermanfaat buat anda.


Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors