1 Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)



Kira-kira 1.3 juta kakitangan awam negara ini menerima berita gembira apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang menawarkan kenaikan gaji lebih baik.
Ketika membentangkan Bajet 2012 bertajuk, Dasar Transformasi Nasional: 'Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara', Perdana Menteri berkata, skim tersebut akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertujuan mentransformasikan perkhidmatan awam negara supaya lebih dinamik.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, menerusi SBPA, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred bermula tahun depan.

Beliau menambah, penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara 7 hingga 13 peratus. 

"Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.

"Mulai tahun 2013 nanti, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji,'' katanya di Dewan Rakyat semalam.
Anda sedang membaca artikel Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/10/sistem-saraan-baru-perkhidmatan-awam.html. Semoga artikel Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ini bermanfaat buat anda.


1 comment

Anonymous
9 October 2011 at 19:23

saya dapati ramai wanita dalam sektor awam. ada yang kerja baik tak kurang yg cincai bo cai. ada sejenis sikap ditanam dalam diri iaitu "aku cuma bantu suami" maka kerja pun tak sunguh2. cuit 3 bulan bersalin cuma kemahuan ahli politik. 2 bulan memang sakit yg lagi 1 bulan shopping kat super market.

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors