4 Benteng Banjir Penuhi Bangkok



Kerajaan Thailand semalam menyuarakan keyakinan bahawa Bangkok tidak akan dilanda banjir besar.

Menteri Pertanian dan Koperasi, Jeneral Pongsapat Pongchareon berkata, antara 500 dan 500 juta meter padu air mengalir ke laut setiap hari.

"Walaupun paras air laut masih tinggi, kita berupaya memesongkan aliran air dengan berkesan. Sebahagian besar air bah kini sudah mengalir ke laut," katanya seperti dilaporkan oleh Bernama.

Bandar raya ini dilindungi oleh satu sistem dinding pencegah banjir, terusan, parit dan terowong bawah tanah.

Namun, jika sistem pertahanan itu gagal, air banjir akan mula memasuki bandar raya ini yang dihuni oleh sembilan juta orang.

Paras air yang melanda kawasan utara Bangkok semakin surut seperti di wilayah Singburi, Angthong dan Ayutthaya.

Seorang jurucakap sebuah pusat bantuan banjir, Wim Rungwattanajinda berkata, banjir juga surut di wilayah Nakhon Sawan.

Hujan lebat yang bermula lewat Julai lalu telah menjejaskan dua pertiga negara ini dengan menenggelamkan kawasan pertanian, ratusan kilang dan kampung.

Hampir 300 orang telah terbunuh setakat ini manakala lebih 200 lebuh raya utama dan jalan raya ditutup termasuk landasan kereta api ke bahagian utara.

Kerajaan menyatakan nilai kerosakan mungkin mencecah AS$3 bilion (RM9.37 bilion).
SEBAHAGIAN bot kecil berenjin digunakan untuk memesongkan air banjir ke Teluk Siam di wilayah Nonthaburi, Thailand semalam.
Kawasan yang paling terjejas teruk ialah utara Bangkok termasuk Ayutthaya yang merupakan bekas ibu kota Thailand.

Paras air di sesetengah kawasan adalah setinggi dua meter.

Hujan lebat melanda Bangkok semalam tetapi kehidupan harian adalah normal dengan pusat beli-belah dibuka seperti biasa.

Semalam, Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra menyatakan: "Saya percaya Bangkok akan selamat."

Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan satu majlis melibatkan lebih 1,000 buat bot kecil yang terlibat dalam usaha untuk mengalihkan arus sungai supaya menuju ke Teluk Siam.
Anda sedang membaca artikel Benteng Banjir Penuhi Bangkok dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/10/benteng-banjir-penuhi-bangkok.html. Semoga artikel Benteng Banjir Penuhi Bangkok ini bermanfaat buat anda.


4 comments

17 October 2011 at 10:57

airpun macam api, kan! kecik2 jadi kawan, bila besar, tak terlawan!

17 October 2011 at 11:54

besar gila banjir kali ni kan..

17 October 2011 at 22:32

yg terburuk sejak puluh thn dulu

17 October 2011 at 23:38

bangkok merupakan kawasan paling rendah dan bakal tenggelam dlm masa beberapa puluh tahun ag sbb ais kutub cair..

camne la nk pindah ramai2 tu.. :)

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors