Pengerusi Bersama Himpun, Dr. Yusri Mohamad berkata, gerak kerja pihaknya adalah positif dan tidak akan mengancam mana-mana pihak.
“Perkara ini adalah fardu kifayah dan jika semua berdiam diri, ini sangat tidak wajar dalam masyarakat yang berteraskan agama Islam,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.
Justeru, Yusri menasihatkan mana-mana kumpulan atau individu Islam yang kurang jelas mengenai objektif Himpun agar segera mendapatkan penjelasan daripada pihaknya.
“Kita minta kumpulan dan individu yang kurang jelas mendapatkan penjelasan daripada kita dahulu dan jangan mengeluarkan kenyataan yang tidak membantu masyarakat untuk bersama-sama dalam perhimpunan ini,” katanya.
Himpun yang bertemakan Selamatkan Akidah Umat dianjurkan secara bersama oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili umat Islam negara ini bagi menzahirkan keprihatinan dan kesatuan dalam mendepani usaha pihak tertentu memurtadkan umat Islam secara terancang.
Sementara itu, bagi menjayakan program tersebut, Gabungan Penasyid-Penasyid Malaysia (Munsyid Malaysia) yang menaungi lebih 60 artis nasyid mencapai kata sepakat akan menyertai Himpun.
Post a Comment