0 Baharui Lesen Mengikut Tarikh Lahir



Kerajaan akan memperkenalkan sistem memperbaharui Lesen Me­mandu Kompeten (CDL) berpandukan tarikh lahir pemegang lesen bermula pertengahan bulan hadapan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, ia bertujuan bagi memudahkan pemandu me­ngi­ngati tarikh untuk mem­per­baharui lesen memandu.

Selain itu, katanya, ia dapat mengurang kes pemegang lesen tidak aktif, termasuk rayuan bagi memperbaharui lesen memandu yang telah tamat tempoh melebih tiga tahun.

“Bayaran bagi memperbaharui lesen memandu masih tidak berubah, bagaimanapun penyelarasan fi akan dikecualikan sekiranya tempoh tamat lesen sehingga tarikh lahir antara 12 hingga 18 bulan.


“Sekiranya tamat lesen sehingga tarikh lahir antara 19 hingga 24 bulan pemegang lesen perlu membayar tempoh lanjutan bagi tempoh yang melebihi enam bulan tetapi kurang daripada 12 bulan,” katanya.

Cho Ha berkata, bagi kesalahan lewat memperbaharui lesen selepas penyelarasan itu dibuat, syarat fi pembaharuan akan dikenakan mengikut kadar biasa.

Menurutnya, kadar ini dikenakan selaras di bawah Seksyen 27 Akta Pengangkutan Jalan 1997.

“Bagi mereka yang ingin menambah kelas lesen memandu, termasuk pembaharuan lesen, tempoh sah lesen akan diselaraskan me­ngikut tarikh lahir mereka.

“Pemegang lesen yang tarikh lahirnya 29 Februari, tempoh sah dicadangkan 28 Februari, manakala tarikh pembaharuan pada 1 Mac, sekiranya mereka enggan menggunakan tarikh tersebut mereka perlu memperbaharui lesen bagi tempoh empat tahun berdasar tahun lompat,” katanya.
Anda sedang membaca artikel Baharui Lesen Mengikut Tarikh Lahir dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/10/baharui-lesen-mengikut-tarikh-lahir.html. Semoga artikel Baharui Lesen Mengikut Tarikh Lahir ini bermanfaat buat anda.


Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors