1 Robot Cuci Rambut Warga Emas



Ia kelihatan seperti kerusi salon, tetapi robot terbaharu di Jepun itu boleh mencuci rambut yang sentuhannya seperti jari-jari manusia untuk membantu golongan tua dan kurang upaya.


Robot itu dibangunkan oleh firma elektronik terkemuka, Panasonic. Menurut Panasonic, robot itu mengetengahkan teknologi robotik terkini.

"Dengan menggunakan teknologi tangan robotik dan 24 jarinya, robot ini mampu mencuci rambut golongan kurang upaya seperti seorang manusia. Ini dapat membantu mereka menjalani kehidupan seharian dengan lebih sempurna," kata wakil Panasonic, Tohru Nakamura.

Pengguna hanya perlu berbaring di atas sebuah kerusi. Robot itu kemudian akan menyampu rambut, mengurut kulit kepala dan membilas rambut dalam tempoh tiga minit. Meletak perapi dan mengeringkan rambut pula akan mengambil masa lima minit lagi.

Pada masa ini, mesin tersebut masih belum berada di pasaran. Panasonic merancang untuk memulakan jualannya pada tahun depan. Ia menyasarkan produknya itu kepada rumah-rumah penjagaan orang tua dan hospital.
Anda sedang membaca artikel Robot Cuci Rambut Warga Emas dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/10/robot-cuci-rambut-warga-emas.html. Semoga artikel Robot Cuci Rambut Warga Emas ini bermanfaat buat anda.


1 comment

7 October 2011 at 11:17

fuhh canggihnya huhuu kt Malaysia bila nak ada ni

Post a Comment

 

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors