Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan ‘Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan’ di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan ‘private number’ untuk merujuk permasalahan ini.
“Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng.
Saya kata ’Asyhaduanna Muhammadarr’ lepas tu nampak syaitan
datang..saya kata SYAITAN” kata Zizan.
Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat
untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk
mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam
ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap “Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr…..Syaitan! Syaitan!.”
Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi,
dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan
seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz
syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk
mempersenda.
Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan
tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk
berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya
kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa
Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga
bukan berniat untuk mempersendakan Islam.
“Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH” tambah
Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu
berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah
terniat untuk mempersendakan Islam. “Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat
mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi
fitnah.” rumus Ust Azhar Idrus.
Anda sedang membaca artikel Zizan Telefon Ustaz Azhar Idrus Rujuk Isu HANTU BONCENG dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/10/zizan-telefon-ustaz-azhar-idrus-rujuk.html. Semoga artikel Zizan Telefon Ustaz Azhar Idrus Rujuk Isu HANTU BONCENG ini bermanfaat buat anda.
2 comments
Mcm mn boleh lepas tapisan director dan Finas.. Di situ je.
wow ustaz azhar dah cakap. best!
Post a Comment