3 MotoGP Batal Akibat Kematian Pelumba Itali Simoncelli



SEPANG, 23 Okt (Bernama) -- Perlumbaan Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan berikutan kematian pelumba Itali Marco Simoncelli akibat kemalangan pada pusingan kedua di Litar Sepang di sini Ahad.

Simoncelli berusia 24 tahun.

Perlumbaan tersebut dibatalkan oleh penganjur perlumbaan, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia.

Perlumbaan yang bermula 4 petang itu tersebut tidak diteruskan empat minit kemudian selepas Simoncelli terjatuh dan motosikalnya dirempuh oleh pelumba Yamaha Colin Edwards dan pelumba Ducati, Valentino Rossi di selekoh ke-11.

Perlumbaan ditangguhkan pada pukul 4.05 petang dan Simoncelli kemudian dibawa dengan ambulans ke pusat perubatan di litar itu.

Bagaimanapun, Ewards terselamat daripada kecederaan serius manakala Rossi tidak mengalami kecederaan.
Anda sedang membaca artikel MotoGP Batal Akibat Kematian Pelumba Itali Simoncelli dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/10/motogp-batal-akibat-kematian-pelumba.html. Semoga artikel MotoGP Batal Akibat Kematian Pelumba Itali Simoncelli ini bermanfaat buat anda.


3 comments

23 October 2011 at 18:30

RIP Simoncelli :(

23 October 2011 at 19:55

Eemm ;(

23 October 2011 at 23:22

Menyeramkan..

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors