2 Hotel Diperbuat Daripada Garam



Selalunya hotel dibina menggunakan batu atau kayu tetapi tidak bagi hotel mengagumkan di Bolivia ini, di mana setiap bahagian bangunan, termasuk perabot, dibina menggunakan garam.

Hotel de Sal di Colchani, Bolivia, ini dibina di dataran garam Salar de Uyuni yang menjadi tari-kan pelancong di negara Amerika Selatan itu.

Dengan bayaran 84 pound satu malam (RM415), pengunjung boleh menyewa bilik dengan dua katil diperbuat daripada garam.

Pemandu pelancong, Pedro Pablo Michel Rocha berkata, ramai pengunjung yang datang ke hotel terletak di selatan negara itu sukar mempercayai ia dibina daripada garam.

“Ada juga orang yang menjilat perabot untuk memastikan ia benar-benar diperbuat daripada garam!,” katanya.

Dataran Salar de Uyuni yang dilitupi lapisan garam setebal beberapa meter terbentuk hasil daripada perubahan beberapa tasik di kawasan itu pada zaman purba.













Anda sedang membaca artikel Hotel Diperbuat Daripada Garam dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/10/hotel-diperbuat-daripada-garam.html. Semoga artikel Hotel Diperbuat Daripada Garam ini bermanfaat buat anda.


2 comments

29 October 2011 at 15:31

Perghh biar betul .Ntah2.. Dari pasir pantai. mmg masin juga haha. Ni kalo bermalam sana esok boleh berkarat badan ni kan Man. hahaha

29 October 2011 at 20:08

lembu ngan kambing suka jilat hotel ni XD

Post a Comment

 

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors