5 Penduduk Dunia 10 Bilion Pada 2100



Jumlah penduduk dunia dijangka bertambah dari tujuh bilion hari ini kepada 10 bilion orang menjelang tahun 2100, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Namun, laporan berkenaan menyebut, jumlah itu mungkin mencecah sehingga 15 bilion orang jika berlakunya peningkatan kadar kelahiran.


Menurut laporan itu, Tabung Aktiviti Kependudukan Bangsa Bersatu (UNFPA) menyatakan kebimbangan terhadap tekanan demografi yang mampu memberi cabaran kepada mengurangkan kadar kemiskinan serta pemuliharaan alam sekitar ekoran pertambahan penduduk.

''Jangkaan terkini memperlihatkan bilangan penduduk akan mencecah 9.3 bilion orang pada 2050 dan lebih 10 bilion orang menjelang 2100.

''Namun, dengan hanya variasi kecil dalam kadar kesuburan terutamanya di negara yang memiliki kepadatan penduduk, jumlah itu dijangka lebih tinggi iaitu 10.6 bilion orang pada 2050 dan lebih 15 bilion (2100),'' kata UNFPA menerusi laporan The State of the World Population 2011 setebal 126 muka surat.

Laporan itu antara lain memfokuskan beberapa cabaran berkaitan cabaran golongan belia, masalah alam sekitar, keseimbangan antara penduduk bandar dan luar bandar serta soal perancangan keluarga.
Kata UNFPA, ketika ini, penduduk di Tokyo mencatatkan bilangan tertinggi dengan 36.7 juta orang diikuti New Delhi (22 juta orang) dan Sao Paulo serta Mumbai, masing-masing mencatatkan jumlah 20 juta penduduk.

UNFPA turut mencadangkan agar diwujudkan pelan pembangunan yang seimbang bagi menghadapi jumlah pertambahan penduduk termasuk pembinaan perumahan yang mencukupi, sistem sanitasi yang baik serta 'kawasan hijau'.



Anda sedang membaca artikel Penduduk Dunia 10 Bilion Pada 2100 dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/10/penduduk-dunia-10-bilion-pada-2100.html. Semoga artikel Penduduk Dunia 10 Bilion Pada 2100 ini bermanfaat buat anda.


5 comments

27 October 2011 at 17:19

makin banyak rumah pangsa wujud,bg menampung kepadatan ni...

27 October 2011 at 18:00

ramainya ..

27 October 2011 at 20:37

makin ramai, semakin besar cabarannye. thn 2100 kemungkinan besar dah pulang ke rahmatullah.

27 October 2011 at 20:46

mmg sesak la public toilet camni..

27 October 2011 at 21:52

@Denaihati xtau adakah dunia ini ada lagi atau tiada.. Masa Nabi SAW hidup menggambarkan dunia ini sebagai org yang tua. Maknanya dunia ini dah xlama lg lah usianya...

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors