UPHAM, Amerika Syarikat (AS) - Bilionair Britain, Richard Branson dan Gabenor New Mexico, Susana Martinez mengalu-alukan
kehadiran beratus-ratus orang semasa perasmian Lapangan Terbang Angkasa
Lepas pertama di AS dikenali sebagai Spaceport America kelmarin.
Pada majlis tersebut, orang ramai berpeluang menyaksikan penerbangan
pesawat utama, White Knight TWO yang akan membawa pelancong mengelilingi
orbit di angkasa lepas.
Ibu Branson, Eve turut hadir pada majlis tersebut.
Wanita itu berkata, dia sebelum ini tidak pernah terfikir bahawa orang awam akan dapat berkunjung ke angkasa lepas.
|
KAPAL induk White Knight TWO yang
membawa kapal angkasa SpaceShipTwo dipamerkan di hangar Lapangan Terbang
Spaceport
|
Menurutnya, dia merancang untuk menaiki penerbangan White Knight TWO.
Syarikat penerbangan angkasa lepas milik Branson, Virgin Galactic
dijadual memulakan penerbangan komersial angkasa lepas dari terminal ini
yang dibina di sebuah gurun di Sierra.
Spaceport America akan menempatkan kapal angkasa lepas Virgin
Galactic, pusat kawalan dan tempat persediaan untuk pelancong-pelancong
angkasa lepas yang menempah penerbangan ke orbit bumi.
Related Posts : Isu Semasa
Anda sedang membaca artikel Lapangan Terbang Angkasa Pertama Dunia Dibuka dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/10/lapangan-terbang-angkasa-pertama-dunia.html. Semoga artikel Lapangan Terbang Angkasa Pertama Dunia Dibuka ini bermanfaat buat anda.
Tags :
Isu Semasa
1 comment
berapa puluh juta kos nk mlncong kat angkasa lepas ea??
Post a Comment