7 Bangkok, Banjir Dan Buaya



BANGKOK berterusan menerima dugaan yang turut dilihat sebagai ujian terbesar untuk kerajaan pimpinan Perdana Menteri Yingluck Shinawtra apabila pihak berkuasa mengeluarkan amaran ribuan buaya kini berkeliaran di dalam air banjir di pinggir Bangkok.


Amaran itu dikeluarkan semasa penduduk diminta bersedia untuk menghadapi banjir berterusan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Kebanyakan buaya air tawar tersebut dipercayai terlepas dari taman hidupan liar selepas sangkar haiwan reptilia itu ditenggelami air.

Kerajaan turut menawarkan ganjaran untuk menangkap kesemua buaya tersebut tetapi pegawai taman hidupan haiwan memaklumkan mustahil untuk mengawal pergerakan haiwan itu jika banjir semakin buruk.

Sementara itu, Yingluck turut mengumumkan penghalang banjir dan pintu air sebagai zon larangan bagi menghentikan gangguan penduduk yang tidak berpuas hati dengan cara kerajaan menangani masalah tersebut.

Pihak berkuasa dan pegawai pentadbiran tempatan juga diberikan kuasa untuk meruntuhkan sebarang struktur yang menghalang operasi kawalan bencana itu.
Anda sedang membaca artikel Bangkok, Banjir Dan Buaya dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/10/bangkok-banjir-dan-buaya.html. Semoga artikel Bangkok, Banjir Dan Buaya ini bermanfaat buat anda.


7 comments

25 October 2011 at 14:46

bahaya ni bro huhh buaya main kt darat erkk besar la kawasan mereka ni

25 October 2011 at 15:19

arghhh, seramnyeee -_- mmg tak keluar rumah la jawabnye

25 October 2011 at 19:35

slumber badak jer pakcik tu...

25 October 2011 at 20:39

erkk...takutnya.memang dok dlm umh je lah

25 October 2011 at 23:45

bukan sebarang bahaya kalau dah beribu ekor, semoga x de manusia yg kena baham.

26 October 2011 at 10:20

Gila.. Buaya ganas tu... kesian lak. Hope jaga keselamatan n budak2.. Buaya mmg power...

26 October 2011 at 16:25

@Bro ahmad memang dah tahap bahaya bangkok leni... kena hati2lah.

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors