0 Proton Jamin Power Window Seumur Hayat Kereta



Kalau sebelum ini kereta Proton sering kali diberikan persepsi negatif akibat kegagalan tingkap kuasanya (power window) berfungsi, perkara itu dijangka tidak mungkin berlaku lagi.

Berbeza dengan pandangan umum, sebenarnya kegagalan itu bukan melibatkan semua jenama Proton dan peratusan yang rosak juga amat kecil.

Namun begitu, mendepani permasalahan dan meyakinkan orang ramai, Proton kini mengumumkan pemberian jaminan ke atas komponen berkenaan sepanjang hayat kenderaan yang dibeli oleh orang ramai.

 Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, jaminan itu meliputi kereta yang dijual di pasaran domestik untuk pendaftaran persendirian dan syarikat.

''Kami memberi jaminan bahawa segala kerosakan berkaitan tingkap kuasa itu akan dilindungi selama 10 tahun (jangka hayat bagi sesebuah kereta) atau 250,000 kilometer pada tarikh kereta tersebut didaftarkan.



''Pemilik boleh menukar komponen tingkap kuasa itu seberapa banyak yang diinginkan tanpa ada bilangan tertentu tetapi bergantung kepada kelayakan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Proton,'' kata beliau dalam satu taklimat di sini hari ini.

Antara komponen yang terlibat di dalam penukaran itu ialah alat kawal atur tingkap kuasa, motor tingkap kuasa, suis tingkap kuasa dan saluran laluan tingkap kuasa.

Pemilik kereta yang menghadapi masalah itu boleh pergi ke mana-mana pusat servis Proton yang bertauliah tanpa dikenakan bayaran upah dan harga komponen yang ditukar.

Beliau berkata, tawaran ini yang jarang diberikan oleh mana-mana pengeluar kenderaan dunia, memperlihatkan komitmen Proton terhadap hak dan kepuasan pengguna dipinggirkan.

''Masalah tingkap kuasa ini bukan luar biasa malah saya pun mengalaminya satu ketika dulu tetapi stigma dan cakap-cakap orang (dijaja dari mulut ke mulut) telah merosakkan imej Proton,'' katanya,
Syed Zainal berkata, mana-mana kenderaan yang didaftarkan sebelum 31 Ogos 2011 dan masih di bawah jaminan pengeluar boleh menuntut kad jaminan dari mana-mana pusat servis bertauliah, Proton Edar Sdn. Bhd., pusat servis EON.

Manakala bagi kereta yang baru didaftarkan selepas 1 September, pemilik kereta secara automatik telahpun didaftarkan di dalam pangkalan data Proton.
Anda sedang membaca artikel Proton Jamin Power Window Seumur Hayat Kereta dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/10/proton-jamin-power-window-seumur-hayat.html. Semoga artikel Proton Jamin Power Window Seumur Hayat Kereta ini bermanfaat buat anda.


Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors