7 Guna Anjing Kesan Anai-Anai



SEOUL - Sebuah jabatan pentadbiran di Korea Selatan menggunakan kaedah unik dan berkesan untuk menjejaki anai-anai iaitu dengan menggunakan anjing pengesan.
Bagi tujuan tersebut, Pentadbiran Warisan Budaya Korea Selatan menggunakan tiga ekor anjing baka spaniel yang berasal dari Britain.

"Anjing-anjing ini jauh lebih hebat berbanding kaedah-kedah lain. Haiwan ini dapat mengesan anai-anai dengan amat tepat," kata seorang pakar di jabatan Pentadbiran Warisan Budaya, Jang Young-Ki.

Menurutnya, setakat ini, pihaknya menggunakan khidmat tiga ekor anjing yang diberi nama Bobae, Woori dan Boram.

Khidmat haiwan itu digunakan untuk mengesan anai-anai yang mengancam istana dan kuil bersejarah di Korea Selatan. Kebanyakan bangunan tersebut dibuat daripada kayu.

 "Baru-baru ini, Bobae berjaya mengesan anai-anai pada sebatang tiang istana Gyeongbokgung yang sebelum ini gagal dikesan," katanya.
Anda sedang membaca artikel Guna Anjing Kesan Anai-Anai dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/10/guna-anjing-kesan-anai-anai.html. Semoga artikel Guna Anjing Kesan Anai-Anai ini bermanfaat buat anda.


7 comments

15 October 2011 at 09:46

wahh hebat..guna anjing je hmm

15 October 2011 at 09:48

permalink ni ada kesan baik pada blog ke? sorry bro tanya

15 October 2011 at 11:08

@Bro ahmad kalau mengikut dari pembacaan saya, blog yang ada permalink ini akan menjadi seo friendly sehingga mudah dibaca oleh google. Permalink di blogspot dengan permalink di wordpress berbeza. Jika di wordpress kita boleh setting dengan membuat /%postname%/ untuk lebih seo friendly, namun jika di blogspot kita tidak dapat berbuat demikian. Jadi kenalah buat secara manual. Adalah lebih baik kalau bertanya dengan otai2 SEO utk mendapat maklumat yang lebih tepat. Saya ni baru je berjinak2 dlm SEO ni.

15 October 2011 at 12:19

@Bro ahmad inilah kehebatan n keajaiban yang ALLAH nak tunjukkan kepada kita

15 October 2011 at 13:37

dah pasang permalink..saja nak test SERP SEO berkesan atau tidak tarik organik visitor.

thank info

15 October 2011 at 17:35

hhaha.. berjasa jugak anjing ni ye

16 October 2011 at 07:59

nk kesan anai2 bakpe bro?? baik kesan dadah haha

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors