7 Protes harga tiket mahal: Laman web FAM digodam



Laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi ini.


Laman web itu, www.fam.org.my difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya telah mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi.

Selain itu, laman web yang digodam dengan latar belakang warna merah itu turut menyelitkan satu artikel dari sebuah akhbar tempatan (bukan terbitan Utusan Malaysia) bertajuk ‘Harga tiket RM50 wajar’.

Kata-kata herdikan yang menggunakan bahasa kesat turut diselitkan pada laman yang digodam itu.

Provokasi terbaru ini difahamkan wujud akibat kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini.







Anda sedang membaca artikel Protes harga tiket mahal: Laman web FAM digodam dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/10/protes-harga-tiket-mahal-laman-web-fam.html. Semoga artikel Protes harga tiket mahal: Laman web FAM digodam ini bermanfaat buat anda.


7 comments

28 October 2011 at 12:02

Aduh mcm2. Bnyk btl blog self hosting kena hack. Kuat mcmne pon mmg ttp boleh hack WALAUBAGAIMANA pon

28 October 2011 at 16:10

tudia ..

28 October 2011 at 21:56

godam pun x leh nak turunkan harga tiket pun...

28 October 2011 at 23:19

padan muka FAM.. hihi

29 October 2011 at 01:38

rasakan fam..naik tiket lagi...sama2 google + kembali

29 October 2011 at 05:28

@shah Blogger memang x selamatlah web/blog ni dr digodam oleh mereka ni.

29 October 2011 at 05:30

@Denaihati betul tu... ramai sgt dah org wat bantahan n kritikan , tapi FAM berkeras dgn kenaikan ini dgn alasan n sbb yg mereka berikan...

Post a Comment

 

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors