1 Suplemen Vitamin E Boleh Menyebabkan Kanser



Penyelidik Amerika Syarikat (AS) hari ini memberi amaran pengambilan suplemen vitamin E boleh menyebabkan risiko menghidap kanser prostat meningkat sebanyak 17 peratus.
 
Berdasarkan satu ujian terhadap 35,000 lelaki sejak 10 tahun lalu, penyelidik mendapati penghidap penyakit kanser itu menghadapi risiko lebih tinggi dengan pengambilan suplemen vitamin E, berbanding selenium atau plasebo.

"Makanan suplemen yang mengandungi vitamin E nyata sekali meningkatkan risiko kanser prostat di kalangan lelaki," jelas satu kajian yang disiarkan dalam jurnal Persatuan Perubatan Amerika.

Kajian itu dilakukan berdasarkan penyelidikan sebelum ini yang mencadangkan kebarangkalian selenium atau vitamin E boleh mengurangkan risiko menghidapi kanser prostat.

Kajian tersebut dijalankan pada 2001 dengan pembahagian kepada empat kumpulan.

Kumpulan pertama akan mengambil selenium, kumpulan kedua akan menerima 400 pil vitamin E unit antarabangsa secara harian dan kumpulan seterusnya diberi kedua-duanya serta yang terakhir akan menerima plasebo.

Sejumlah 620 lelaki dalam kumpulan pertama yang mengambil vitamin E menunjukkan risiko tinggi menghidap kanser prostat berbanding kumpulan kedua yang terdiri daripada 555 lelaki.

Kumpulan ketiga sebanyak 575 lelaki diberi selenium manakala 529 lelaki mengambil plasebo.

"Hasil pemerhatian terhadap peningkatan risiko menghidap kanser prostat sebanyak 17 menunjukkan potensi seolah-olah tidak berbahaya walaupun bahan-bahan aktif biologi seperti vitamin boleh memudaratkan kesihatan," jelas kajian tersebut.
Anda sedang membaca artikel Suplemen Vitamin E Boleh Menyebabkan Kanser dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/10/suplemen-vitamin-e-boleh-menyebabkan.html. Semoga artikel Suplemen Vitamin E Boleh Menyebabkan Kanser ini bermanfaat buat anda.


1 comment

14 October 2011 at 23:37

supplemen aku nsi dgn ayam jer.. huhu

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors