3 Malaysia Dalam Kumpulan Maut Sukan SEA



Dalam kumpulan maut. Itulah hasil undian acara bola sepak Sukan SEA semalam apabila Malaysia sama kumpulan dengan tuan rumah, Indonesia, Singapura, Thailand dan Kemboja dalam Kumpulan A.


Daripada empat negara tersebut, hanya Kemboja lawan yang mungkin tidak memberikan banyak masalah kepada skuad negara untuk mempertahankan pingat emas.

Sebaliknya, Singapura, Thailand dan Indonesia pasti menghadirkan saingan sengit kepada anak-anak buah Ong Kim Swee dalam mencari tempat dua tempat teratas dalam saingan kumpulan.

Walaupun berada dalam ‘kumpulan maut’, Datuk Hamidin Mohd. Amin yang merupakan pengurus pasukan bola sepak Sukan SEA berpendapat keputusan undian semalam boleh dilihat kepada aspek positif.

“Keputusan undian ini sebenarnya boleh membuatkan para pemain lebih bersedia sekali ganda daripada biasa dan lebih fokus bagi mempertahankan pingat emas yang kita menangi pada Sukan SEA, di Laos dua tahun lalu.

“Berada sekumpulan dengan Indonesia juga tidak memberikan kebimbangan kepada saya walaupun kita sedia maklum dengan situasi politik sekarang. Dalam masa sama sudah tentu para penyokong mereka mahu kekalahan semasa Piala AFF dapat ditebus.

“Biarpun saya jangka perlawanan akan berlangsung penuh ketegangan, para pemain Malaysia sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan, ” katanya ketika dihubungi, semalam.

Singapura akan menjadi lawan sulung anak-anak buah Ong Kim Swee pada 9 November sebelum diikuti Thailand, dua hari kemudian.

Malaysia akan berdepan Kemboja pada perlawanan ketiga pada 15 November sebelum bertemu tuan rumah, Indonesia pada 17 November, yang dijangka mahu membalas dendam atas kekalahan di perlawanan akhir Piala AFF tahun lalu.

Menyentuh saingan yang akan ditemui Malaysia, Hamidin berkata, beliau sempat berbincang dengan Kim Swee dan pengendali skuad Olimpik itu mengakui, Singapura dan Thailand bukanlah dua pasukan yang asing.

“Kim Swee pernah melihat aksi skuad Bawah 23 Singapura dan Thailand, lantas dia memberitahu saya bahawa dia mempunyai idea tersendiri untuk berdepan kedua-dua pasukan itu nanti, ” katanya.

Jika Malaysia berjaya mara ke saingan separuh akhir, skuad Kim Swee akan beraksi pada 21 November dan perlawanan akhir serta penentuan tempat ketiga, dua hari kemudian.
Anda sedang membaca artikel Malaysia Dalam Kumpulan Maut Sukan SEA dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/10/malaysia-dalam-kumpulan-maut-sukan-sea.html. Semoga artikel Malaysia Dalam Kumpulan Maut Sukan SEA ini bermanfaat buat anda.


3 comments

20 October 2011 at 08:07

kita tengok sapa yang kenaaaa!!!

20 October 2011 at 11:35

M'sia x boleh dijangka, kalau lepas. peluang juara cerah.

20 October 2011 at 12:32

@Denaihati btul tu, mula2 tu down pastu tgk lah nanti. org kata tak panas badan lagi. hehehe

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors