4 Kiswah Kaabah Daripada Sutera



Seperti tradisi setiap tahun, kain penutup Kaabah atau kelambu Kaabah yang juga disebut kiswah diganti semalam menandakan permulaan haji dan pada tahun ini kain diperbuat daripada sutera hitam itu bercampur warna emas dan perak.

Selesai solat Subuh, berpuluh-puluh petugas menanggalkan kiswah yang selama setahun menutupi Kaabah. Para petugas kemudian menggantinya dengan kiswah baru hasil tangan 240 petugas khas.
 
Sementara itu, jemaah memulakan Hari Tarwiah (Hari Memberi Air) kelmarin, hari yang diberi nama seumpama itu berikutan secara tradisi jemaah memberi air kepada tunggangan dan ternakan serta menyimpan air untuk perjalanan ke Arafah.

Ramai jemaah menggunakan Kereta Api Mashair untuk ke Arafah dan kawasan sekelilingnya yang kosong dipenuhi jemaah untuk menghadiri kemuncak ibadat haji, semalam.


Kereta Api Mashair memulakan operasi kali pertama tahun ini dengan kapasiti penuh membawa 72,000 jemaah sejam untuk mengurangkan kesesakan dan mengelakkan tolak menolak.

Landasan berkembar itu menghubungkan tiga kawasan suci di Mina, Muzdalifah dan Arafah. Kereta api itu akan menggantikan penggunaan 30,000 kereta sebelum ini, kata pengarah projek Fahd Abu Tarbush.


Anda sedang membaca artikel Kiswah Kaabah Daripada Sutera dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/11/kiswah-kaabah-daripada-sutera.html. Semoga artikel Kiswah Kaabah Daripada Sutera ini bermanfaat buat anda.


4 comments

6 November 2011 at 14:50

terigin pergi sana..insyaallah..ilmu + duit perlu disediakan..

6 November 2011 at 14:54

@ijA InsyaALLAH ada rezeki, boleh pergi utk menunaikan Hj/Umrah

6 November 2011 at 22:38

tiap tahun ganti kiswah dari benang emas kan

10 November 2011 at 20:59

InsyaAllah akan sampai waktunye...

Post a Comment

 

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors