4 Asteroid Sebesar Kapal Lintas Bumi



Sebuah asteroid sebesar sebuah kapal induk bergerak menuju dan malintasi ke arah Bumi semalam.

Saintis-saintis Program Objek Dekat Bumi Pentadbiran Aeronautik Kebangsaan (NASA) yang mengesan asteroid dan komet menyatakan bahawa objek tersebut tidak akan menerjah Bumi.

Mereka menggunakan peluang tersebut untuk mempelajari lebih lanjut tentang asteroid berkenaan yang dikenali sebagai 2005 YU55.

Foto daripada NASA ini menunjukkan imej asteroid 2005 YU55 yang dirakam pada 7 November lalu.

Kali terakhir bahan kosmik sebesar ini bergerak menghampiri Bumi ialah pada 1976. Kejadian ini tidak akan berlaku lagi hingga tahun 2028.

Sejak minggu lalu, rangkaian antena balai cerap Deep Space Network di California telah memantau pergerakan asteroid selebar 0.4 kilometer itu ketika ia semakin menghampiri Bumi dari arah matahari.

Balai Cerap Arecibo di Puerto Rico pula merancang merakam asteroid berkenaan ketika ia melintasi Bumi pada jarak 325,072 kilometer (km) semalam iaitu lebih dekat daripada jarak Bumi dengan bulan.

Bulan berada pada jarak 384,400 km dari Bumi.


Anda sedang membaca artikel Asteroid Sebesar Kapal Lintas Bumi dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/11/asteroid-sebesar-kapal-lintas-bumi.html. Semoga artikel Asteroid Sebesar Kapal Lintas Bumi ini bermanfaat buat anda.


4 comments

Anonymous
9 November 2011 at 10:12

alhamdllah bumi masih masih selamat. semua tu kuasa tuhan ^^,

9 November 2011 at 16:20

sya suka cite psl alam angkasa/astroonomi semua ni...

selalu kat movie englsih kuar mcm Armageddon tu kan...
dan realiti akan terjadi pd kita tpi dijauhkan lah dr kena bumi...

9 November 2011 at 18:10

kalau lah menimpa bumi , nauzubillah ..

10 November 2011 at 11:42

kalo sampai bumi pun..malaysia x kena kan....
besar tuh

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors