2 Saintis Cipta Robot Memanjat Seperti Cicak



Para saintis mencipta sebuah robot yang boleh memanjat dinding tegak tanpa menggunakan gam, lekapan dan cecair melekap.


Robot seberat 240 gram itu mempunyai tapak yang diliputi dengan mikrofiber kering yang direka berdasarkan bulu jari kaki cicak.

Cicak boleh bergerak di dinding kerana terdapat bulu terlalu halus yang dikenali sebagai setae.

Tapak robot itu dilengkapi dengan mikrofiber polimer yang selebar 0.017 milimeter (mm) dan setinggi 0.01mm.

Rambut manusia hanya setebal 0.1mm.

Robot itu memanjat 3.4 sentimeter pada setiap satu saat.

Penerangan mengenai robot itu dijelaskan dalam jurnal Britain, Smart Materials and Structure.

Menurut ketua penyelidik projek itu dari Universiti Simon Fraser di Burnaby, wilayah British Columbia di Kanada, Jeff Krahn, robot itu masih lagi dalam peringkat prototaip.




Jangan Lupa Klik Google +1 ye



Anda sedang membaca artikel Saintis Cipta Robot Memanjat Seperti Cicak dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/11/saintis-cipta-robot-memanjat-seperti.html. Semoga artikel Saintis Cipta Robot Memanjat Seperti Cicak ini bermanfaat buat anda.


2 comments

Anonymous
2 November 2011 at 09:44

ayaaa...cipta nak skodeng org ke ape nie?? huhu

2 November 2011 at 09:52

utk masuk toilet ngintai ka ni?

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors