4 'Zombi' Mengganas Di Mexico



'Zombi' Mengganas Di Mexico? Beribu-ribu orang memakai kostum dan mekap menyerupai mayat hidup berhimpun di pusat bandar raya Mexico sempena acara Jalan Kaki Zombi bertujuan untuk mencatat rekod dunia.

Penganjur acara berkenaan, Pablo Guisa berkata, acara tahunan tersebut yang berlangsung semalam disertai seramai 9,860 peserta.

Selain mencatat rekod dunia, para peserta turut mengumpul derma untuk disumbangkan kepada bank makanan tempatan.

Banyak bandar raya di seluruh dunia mengadakan acara serupa dengan rekod dunia Cities Guinness World Records mengiktiraf Asbury Park, New Jersey, sebagai pemegang rekod dunia dengan 4,093 peserta pada 30 Oktober 2010.

Sebuah kumpulan di bandar raya Brisbane, Australia telah memohon untuk rekod dunia kategori berkenaan apabila mendakwa ia berjaya mengumpulkan seramai 8,000 'zombi' pada bulan lalu.



Anda sedang membaca artikel 'Zombi' Mengganas Di Mexico dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/11/zombi-mengganas-di-mexico.html. Semoga artikel 'Zombi' Mengganas Di Mexico ini bermanfaat buat anda.


4 comments

28 November 2011 at 10:37

dah takde keje lain la tu huhh

Anonymous
28 November 2011 at 19:45

http://wanwidget.com
betul tuh, dah xda idea bernas la tuh

28 November 2011 at 20:28

kat M'sia pun ada, zomba(zombi) kg pisang...he..he

Anonymous
28 November 2011 at 23:20

zombi kumpul derma tuuu..hahaha

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors