2 Manusia Awal Berasal Dari Afrika



Penghijrahan kelompok pertama manusia dari Afrika


Satu kajian menunjukkan kelompok manusia terawal berasal dari Afrika tersebar ke seluruh dunia melalui Arab, dan bukannya Mesir.

Pengarah Projek Genografik, Dr Spencer Wells berkata, kajian selama enam tahun melibatkan proses corak pemetaan, mendapati manusia tiba di Eropah, Asia dan Ocenia dengan menyeberangi laut ke rantau Arab kira-kira 7,000 tahun dahulu.

Katanya, saintis sebelum ini berpendapat manusia berhijrah ke benua lain menggunakan laluan di wilayah Senai, Mesir, namun kajian terbaru menunjukkan kumpulan tersebut mengembara jauh ke selatan, berkemungkinan melalui Yemen.

"Bukti terbaru itu menunjukkan paras air laut mungkin rendah semasa kelompok pertama manusia dari Tanduk Afrika menyeberang ke rantau Arab melalui semenanjung Bab-el-Mandeb di Laut Merah.

"Kemudian, negara-negara di selatan Asia seperti India mungkin menjadi perhentian utama sebelum manusia tersebar ke seluruh dunia," katanya.

Jelasnya, mereka kemudiannya mengikut laluan pantai untuk turun ke timur Asia dan Oceania, manakala yang lain berpecah menujuk ke utara ke Iran, Rusia, Eropah dan China.

Penyelidik juga mendapati penduduk India mempunyai kepelbagaian genetik, sekali gus menunjukkan mereka mempunyai umur yang lebih lama berbanding manusia di Eropah atau timur Asia timur.

Saintis juga menggunakan kaedah kajian baru yang rumit untuk menyelidik laluan manusia terdahulu.

Teknik tersebut dikenali sebagai penggabungan semula (recombination), yang mana saintis memecahkan molekul asid deoksiribonukleik (DNA) dan menggabungkannya semula untuk membentuk sel baru.

Melalui kaedah tersebut, saintis dapat mengetahui kaitan manusia hari ini dan 7,000 tahun dulu.


p/s : Asal keturunan manusia ialah daripada Nabi Adam dan Hawa yang Allah jadikan keduanya sebagai bapa dan ibu segala manusia. Dari keduanyalah berkembang biak umat manusia hingga ke hari ini. Sebelum daripada itu Nabi Adam dan Hawa berada di syurga dan atas sebab/ hikmah pujuk rayu iblis laknatullah kedua-duanya diturunkan ke bumi. Adam dan Hawa berpisah semasa diturunkan Allah di bumi dan bertemu semula di Jabal Rahmah. Inilah asal usul yang sebenarnya bagi manusia itu.

Allah lebih mengetahui perkara yang sebenarya

Anda sedang membaca artikel Manusia Awal Berasal Dari Afrika dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/11/manusia-awal-berasal-dari-afrika.html. Semoga artikel Manusia Awal Berasal Dari Afrika ini bermanfaat buat anda.


2 comments

7 November 2011 at 17:22

Terima kasih atas Artikel dan Info yang selalu menambah wawasan.semoga sukses

25 November 2011 at 15:01

Terima Kasih, Tulisan yang sangat membantu. Salam Sukses!

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors