4 Ganjaran Tangkap Monyet





Pihak berkuasa negeri Himachal Pradesh menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak AS$9.50 (RM30.30) untuk setiap ekor monyet yang ditangkap oleh orang awam.


Langkah itu dibuat dalam usaha pihak pemerintah negeri Himachal Pradesh mengawal bilangan monyet.
Haiwan-haiwan itu semakin menyusahkan penduduk setempat terutamanya penduduk di ibu negeri Himachal Pradesh, Shimla,India.

Monyet-monyet tersebut mengganggu orang ramai dan haiwan yang lalu-lalang dan menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan.

Monyet yang ditangkap akan dibawa ke salah sebuah daripada empat pusat pemandulan di Himachal

Pradesh untuk dimandulkan sebelum dibebaskan di kawasan ia ditangkap.

Menurut bancian primat terbaharu yang dibuat dalam tahun 2000, terdapat sekurang-kurangnya 317,000 ekor monyet di negeri berkenaan.



Anda sedang membaca artikel Ganjaran Tangkap Monyet dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/11/ganjaran-tangkap-monyet.html. Semoga artikel Ganjaran Tangkap Monyet ini bermanfaat buat anda.


4 comments

26 November 2011 at 12:11

kalau kat Malaysia, rasanya ia haiwan terpelihara, namun sesetengah tempat dah overlimit

26 November 2011 at 12:15

kt kuala selangor bukit melawati banyak..jinak2 lagi

29 November 2011 at 10:14

Amazing artikel…. Semoga saya bisa praktekan tipsnya dan berhasil

29 November 2011 at 10:17

amazing.,..

Post a Comment

 

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors