6 Piramid Giza Ditutup Elak Pemujaan Meraikan 11/11/11



Pihak berkuasa Mesir menutup Piramid Giza bagi mengelakkan sebarang aktiviti pemujaan oleh kumpulan yang mahu meraikan tarikh 11/11/11 semalam.


Keputusan itu diambil selepas ia mendapat tekanan daripada pengguna internet negara berkenaan yang mendakwa aktiviti penyembahan akan diadakan di sekitar piramid itu, kata Ketua Jabatan Arkeologi Pharaonic, Atef Abu Zahab.

Majlis Tertinggi Antikuiti mengesahkan penutupan Piramid Gaza kepada pelancong. Namun dalam kenyataan yang dikeluarkannya, penutupan dibuat bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan selepas musim cuti yang panjang baru-baru ini.

Piramid Giza disenaraikan dalam tujuh keajaiban dunia berikutan status pembinaannya yang unik. Salah satu daripada tiga piramid itu, Piramid Cheop merupakan yang terbesar dan paling terkenal.

Ia menempatkan makam firaun Khufu, iaitu salah satu peninggalan purba terkenal di dunia.

Tarikh 11/11/11 dianggap sebagai keramat. Malah banyak kumpulan merancang mengadakan upacara pemujaan pada pukul 11.11 pagi.

Ribuan orang pula bercadang untuk bertemu dan mengadakan majlis tarian. Malah beberapa laman khas berkenaan tarikh berkenaan turut muncul di laman sosial, Facebook.


Anda sedang membaca artikel Piramid Giza Ditutup Elak Pemujaan Meraikan 11/11/11 dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/11/piramid-giza-ditutup-elak-pemujaan.html. Semoga artikel Piramid Giza Ditutup Elak Pemujaan Meraikan 11/11/11 ini bermanfaat buat anda.


6 comments

12 November 2011 at 11:05

macam-macam la diorang nie kan

12 November 2011 at 11:29

Bagus la tutup... Kang meletup pyramid di datangi org2 gila.. haha...

Allah je yang layak di tuhani..

12 November 2011 at 11:47

bagus tutup , macam2 hal depa ni ..

12 November 2011 at 14:31

bagus gak dia tutup.. mencegah kemungkaran..

12 November 2011 at 17:21

tutup takpe jangan letupkan sudah..sejarah tu

12 November 2011 at 22:10

Bagus juga tutup, tapi sementara kut, sebab Piramid merupakan salah satu ekopelancongan terpenting Mesir

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors