2 NASA Hantar Kenderaan Penjelajah ke Marikh



NASA hantar kenderaan penjelajah ke Marikh? Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) bersedia untuk melancarkan kenderaan robotik paling canggih dan berkuasa pernah dibina ke planet Marikh semalam.

Pelancaran tersebut adalah untuk meneroka sekali gus mencari tanda-tanda wujudnya kehidupan di planet merah itu.

Kenderaan enam roda berkenaan yang dinamakan Makmal Sains Marikh (MSL), dijana bahan api nuklear. Ia dijadual dilancarkan pukul 10.02 pagi waktu AS dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di negeri Florida dengan menggunakan roket Atlas V.

"Inilah mesin idaman saintis-saintis yang mengkaji Planet Marikh," kata timbalan projek MSL, Ashwin Vasavada.

"Ini ialah kenderaan penjelajah yang paling berkeupayaan pernah dihantar, kami amat teruja," tambahnya.
Berharga AS$2.5 bilion (RM7.9 bilion), kenderaan itu mampu menghantar maklumat terperinci mengenai batu-batan di permukaan Marikh dan petanda sama ada kehidupan pernah wujud di planet berkenaan.


Anda sedang membaca artikel NASA Hantar Kenderaan Penjelajah ke Marikh dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/11/nasa-hantar-kenderaan-penjelajah-ke.html. Semoga artikel NASA Hantar Kenderaan Penjelajah ke Marikh ini bermanfaat buat anda.


2 comments

27 November 2011 at 12:53

nak ikut diorang boleh tak? :P

Anonymous
27 November 2011 at 13:07

ape yg dorang nak wat kat marikh tuuu..?

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors