Pada bulan Zulhijjah, terdapat padanya satu ibadah yang sangat besar
pahalanya di sisi ALLAH `Azza wa Jalla, iaitu ibadah mengerjakan haji
bagi sesiapa yang mampu. Ia melengkapkan rukun ISLAM pada diri
seseorang Muslim.
Disebut di dalam hadith bahawa ganjaran yang menanti bagi jemaah haji
yang memperolehi haji yang mabrur ialah Syurga. Rasulullah sallAllahu
`alaihi wasallam bersabda:
“Satu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat (penebus)
dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu. Dan haji yang mabrur
tiada balasannya kecuali Syurga” (HR al-Bukhari & Muslim)
Bagi ummat ISLAM yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan
ibadah haji, ALLAH `Azza wa Jalla tetap menyediakan keistimewaan yang
besar untuk direbut pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.
Apakah amalan-amalan itu ?
1. Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunnat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: “Walaupun berjihad di jalan Allah?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Walaupun
berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa
diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu(syahid).” (HR al-Bukhari)
2. Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu
`alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian
Baginda menjawab:
“Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.” (HR Muslim)
3. Solat `Eidul-Adha
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan dua hari istimewa kalian
itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya
Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha” - Hadith riwayat Abu Daud: 1134, al-Albani mensahihkannya di dalam as-Silsilah as-Sahihah: 2021.
“Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi ALLAH adalah Hari Raya Aidiladha.” - Hadith riwayat Abu Daud: 1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud.
4. Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai ALLAH
ialah menyembelih korban. Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat
dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya. Sesungguhnya ALLAH akan menerima
penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi. Maka, kamu
hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.” - Ibn Majah: 3117 dan at-Tirmizi: 1412
Begitulah di antara beberapa amalan yang wajar menjadi rebutan buat kita ummat ISLAM dalam menambah bekalan menuju Hari Akhirat. Keistemewaan dan kelebihan 10 hari pertama zulhijjah ini dikurniakan kepada hambaNYA untuk bertaqarrub/ berdamping mendekatkan diri kepada ALLAH.
Semoga dengan adanya peringatan ini menjadikan kita di kalangan insan
yang beruntung dalam mengambil faedah 10 hari-hari terawal bulan
Zulhijjah.
WALLAHU A`LAM.

5 comments
thnks mengingatkan :)
selamat menyambut bulan baik ni
gud entry...time kasih untuk ingatan.manmala,sy copy entry awk ehh..letak kt blog sy..nanti sy credit kt awk..k.tq
xpe copy pun. sama2 berkongsi ilmu ALLAH ni.
Alhamdulillah byk infonya bro,TQ
Post a Comment