0 Mabadi Asyara (Dasar/Prinsip Ilmu Tauhid)



Mabadi Asyarah bagi ilmu tauhid itu ada sepuluh perkara :

1- Had (takrif) iaitu ilmu yang membahaskan tentang ketetapan pegangan seseorang muslim untuk  mempercayai  Allah, RasulNya, KitabNya dan yang lain-lainnya dengan dalil-dalil yang diyakinkan.

2- Maudu' (tajuk perbicaraan) iaitu zat Allah dan RasulNya daripada yang wajib , mustahil dan harus. Dan juga segala yang ghaib yang datang dari Al-Quran dan Hadis Rasulullah seperti syurga, neraka dan lain-lainnya.

3- Yang Menghantarnya(pengasas) iaitu Abu Al-Hasan Al-Asyari.

4- Nama Bagi Ilmu Ini ialah Ilmi Tauhid, Ilmu Usuluddin, Ilmu Kalam, Ilmu Sifat, Ilmu Akidah, Ilmu Aqaidul Iman.

5- Ghoyah (kelebihan) ilmu ini ialah dapat membezakan antara akidah yang benar dengan yang salah.

6- Hukum Mempelajari ilmu ini wajib bagi setiap individuyang mukallaf.

7- Tujuannya ialah beberapa masalah yang tsabit/berkaitan pada ilmu tauhid beserta dengan dalil-dalil.

8- Istimdad iaitu Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad...

9- Faedah daripada mempelajari ilmu tauhid ini beroleh kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

10- Bandingan ilmu ini dengan ilmu-ilmu yang lain ialah ilmu ini asal bagi ilmu agama, ilmu -ilmu yang lain adalah cabang daripada ilmu tauhid.
Anda sedang membaca artikel Mabadi Asyara (Dasar/Prinsip Ilmu Tauhid) dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/07/mabadi-asyara-dasarprinsip-ilmu-tauhid.html. Semoga artikel Mabadi Asyara (Dasar/Prinsip Ilmu Tauhid) ini bermanfaat buat anda.


Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors