2 Nak Anak Lelaki



Pelbagai cara bagi si bapa yang berhasrat untuk memiliki anak lelaki. Bagi seseorang lelaki, pelbagai gurauan sinis yang tak sedap di dengar apabila mereka berkahwin tetapi tidak memiliki anak. Selepas memiliki anak, tetapi jika gagal mendapatkan anak lelaki, mereka juga akan menghadapi pelbagai sindirian seolah-olah tidak pandai membuat anak.

Jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Lelaki dan perempuan adalah sama sahaja. Rezki daripada Allah Swt. Mereka terima ketentuanNya. Tetapi terasa juga kekurangan dengan mengharapkan kelahiran anak lelaki yang meneruskan kesinambungan ‘bin’ dengan nama beliau bahkan sebagai lambang kepimpinan dan ketua keluarga.
Inikah Pria Terbau di Dunia? Kailash Singh tak Pernah Mandi Selama 37 Tahun

NEW DELHI - Kailash Singh percaya dengan tidak mandi akan membantu dia memiliki anak lelaki. Ugutan istrinya untuk berhenti tidur dengannya dianggap sebagai angin lalu. Tak terasa, sudah 37 tahun badan dan rambutnya tak pernah bersentuhan dengan air!

Singh, 65 tahun, tidak mandi atau memotong rambutnya sejak tahun 1974. Menjelaskan tekad peliknya itu, Singh menyatakan seorang imam harus memiliki anak lelaki untuk meneruskan generasi kepemimpinan. Sementara, ia hanya memiliki anak perempuan, tujuh orang jumlahnya. "Mungkin saya baru akan mandi di kehidupan kedua saya kelak." Sebagai pemimpin agama, Singh menghabiskan hari-harinya mengurus lembunya, menghisap ganja, berdoa kepada Dewa Siwa, dan menari di sekitar api unggun.

Keluarganya menceritakan, bukan sekali dua mereka meminta Singh mandi. "Dia selalu melawan kami dan melarikan diri jika disuruh mandi," kata istrinya, Kalavati Devi, 60 tahun. "Kami sudah mencuba beberapa kali sejak dia mogok mandi, dan selalu berakhir dengan perbalahan." Menurut Devi, bagi suaminya, lebih baik mati daripada disuruh mandi dan hanya anak lelaki yang boleh mengubah fikirannya. "Sudah bertahun-tahun, sekarang saya sudah terbiasa dengan baunya," katanya.

Keluarga Singh tinggal di dekat kota suci India Varanasi, di tepi Sungai Gangga, di mana suhu harian rata-rata 47 derajat Celcius. Fuh!!! Boleh tahan pe???

Sesiapa yang nak anak lelaki bolehlah tiru cara ni.... Gurau je...
Anda sedang membaca artikel Nak Anak Lelaki dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/06/nak-anak-lelaki.html. Semoga artikel Nak Anak Lelaki ini bermanfaat buat anda.


2 comments

Anonymous
12 January 2012 at 10:13

Tak boleh ditiru benda yang tak elok tu.....saya ade pernah terdengar orang berkata kalau nak dapat anak lelaki kena banyak makan sop dan kalau nak dapat anak perempuan kena banyak makan limau...perbualan itu dihadiri oleh antaranya dua orang yang mempunyai semua anaknya lelaki dan semua anaknya perempuan...bab makan tu lupe pulak pihak lelaki atau perempuan yang kena makan...

Anonymous
12 January 2012 at 10:26

Satu lagi cara yang saya rasa lebih saintifik dan boleh dipercayai dan ade kena mengena dengan permakanan tadi adalah berkenaan dengan sperma itu sendiri...dalam asas sains sekolah menengah kita ade belajar kromosom sex xx untuk perempuan dan xy untuk lelaki..telor adalah x dan kita perlu mengaktifkan kromosom samada x dan y pada sperma jika x lebih aktif ia akan menang didalam perlumbaan bercantum dengan telor..maka ujudlah anak perempuan begitulah sebaliknya.....kita hanya perlu mengaktifkan kromosom tadi...RAHSIANYA ADALAH kromosom x akan aktif pada persekitaran yang berasid dan y dalam persekitaran beralkali...sooooo ada tak persamaan dengan permakanan tadi....RAHSIA KEDUA UNTUK LEBIH MUDAH.....(SAYA RASA TAK ELOK SEBAB KALAU DIKETAHUAI UMUM AKAN MENYEBABKAN KETIDAK SEIMBANGAN JANTINA...MUNGKIN LELAKI LEBIH RAMAI DARI PEREMPUAN sebab ramai orang inginkan anak lelaki....so..tak payahlah ....LU PIKIRLAH SENDIRI JIKA ADA KEINGINAN..

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors