2 Remaja Britain disyaki dalangi serangan godam laman web ditahan




Ingat lagi tak berita tentang kumpulan penggodam yang agak terkenal, Lulz Security  yang  pernah menceroboh laman web Sony dan Sistem Penyiar Awam AS. Dan selepas tu diorang  telah berjaya menggodam laman web CIA....

      Bila dengar IKIM kt radio pagi td, saya dengarlah petikan berita dari akhbar2 utama di Malaysia.Antara yg menarik perhatian iaitu penahanan remaja Britain yang disyaki menggodam  laman web telah ditahan.

     Berikut adalah petikan dari surat khabar Utusan Malaysia Online :

LONDON 22 Jun - Polis Britain menahan seorang remaja berusia 19 tahun kerana disyaki terbabit dengan kumpulan penggodam Lulz Security yang menceroboh laman web Agensi Perisikan Pusat (CIA), Senat Amerika Sayrikat (AS), Sony dan lain-lain.
Remaja yang dikenali sebagai Ryan Cleary, telah ditahan dengan kerjasama Biro Siasatan Persekutuan (FBI ) pada malam Isnin lalu di sebuah rumah pekan Wickford di Essex, tenggara England, atas tuduhan penipuan dan penyalahgunaan komputer.
Dia kini disoal siasat di balai polis di London.
Sumber polis berkata, penahanan mempunyai kaitan dengan serangan Lulz Security dan dipercayai menjadi penahanan yang penting.

     Hebat juga budak yg berusia 19 tahun ni sehinnga mampu untuk menggodam laman web CIA, Sony dan lain-lain.

     Pepatah melayu ada mengatakan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Anda sedang membaca artikel Remaja Britain disyaki dalangi serangan godam laman web ditahan dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/06/remaja-britain-disyaki-dalangi-serangan.html. Semoga artikel Remaja Britain disyaki dalangi serangan godam laman web ditahan ini bermanfaat buat anda.


2 comments

22 June 2011 at 19:28

cantik gambar kapal tu.. keh3.. sy dah letak link blog awk.. thanks ya :)

22 June 2011 at 21:37

tq,bro...
jasamu tetap dikenang...

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors