0 Insentif poligami untungkan banyak pihak, kata Ketua Hakim Syarie Kelantan



KOTA BARU, 22 Jun – Cadangan Kelantan memberi insentif kepada lelaki yang tidak merahsiakan perkahwinan poligami mereka, akan menguntungkan banyak pihak, kata Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohamad.
        Dipetik Bernama Online, beliau berkata langkah itu juga tidak bercanggah dengan Islam kerana ia boleh mengharmonikan rumah tangga dan pasangan terbabit.
“Baguslah, cadangan insentif itu baik dari segi agama, dan ia boleh membantu mengharmonikan rumah tangga yang dibina secara poligami,” katanya.
       Daud, yang merupakan seorang daripada penggubal Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan, diminta mengulas kenyataan exco negeri itu Wan Ubaidah Omar mengenai cadangan Kelantan memberi insentif kepada suami yang tidak merahsiakan poligami.
     Wan Ubaidah berkata pemberian insentif khas itu sebagai galakan kepada suami agar tidak menyembunyikan perkahwinan berikutnya daripada pengetahuan isteri dan anggota keluarga lain bagi mengelak berlaku salah faham.
Anda sedang membaca artikel Insentif poligami untungkan banyak pihak, kata Ketua Hakim Syarie Kelantan dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/06/insentif-poligami-untungkan-banyak.html. Semoga artikel Insentif poligami untungkan banyak pihak, kata Ketua Hakim Syarie Kelantan ini bermanfaat buat anda.


Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors