1 Terkena Petir Gara-Gara Menghantar SMS



                                                                Gambar Sekadar Hiasan

Kejadian ni berlaku di Besut.Seramai 12 lelaki yang sedang berteduh dari hujan di sebuah wakaf di tepi sawah nyaris maut apabila mereka secara tiba-tiba disambar petir dalam kejadian di Kampung Durian Telur, Hulu Besut, kelmarin.

Bagaimanapun hanya tiga daripada mereka mengalami kecederaan termasuk seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra, di sini, yang parah dipanah petir ketika menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada rakannya.

Pelajar terbabit, Mohd Sahadam Nik Mar, 17, bersama dua lagi rakannya, Mohd Zailani Keria, 23 dan Muhammad Fariz Ismail, 15, yang berada di tempat kejadian rebah dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu.

Menurut saksi, Mohd Syaiful Bahari Ramli, 15, ketika kejadian, terdapat 12 orang di bawah wakaf yang terletak di kawasan sawah itu, termasuk ada yang berhenti berteduh daripada hujan lebat ketika itu.

Menurutnya, tiga mangsa terbabit dan beberapa rakannya berada di situ sejak jam 3 petang selepas pulang sekolah, dan hajat mereka untuk pulang lebih awal terkandas akibat hujan lebat berserta kilat.

“Sebelum kejadian, salah seorang daripada mereka sedang menaip mesej (SMS) kepada seseorang dan salah seorang yang berada di situ mengingatkan dia supaya tidak menggunakan telefon ketika petir.

Beberapa saat kemudian, tiba-tiba kilauan cahaya dan petir menyambar sebatang pokok yang berada satu meter dari wakaf, sebelum mengenai tiang wakaf hingga terbelah menyebabkan tiga orang rebah.Mujurlah petir itu mengena pokok dan tiang terlebih, kalau tidak entah apa yang akan terjadi kepada mereka ni.Mungkin lebih teruk lagi...

Moral dari cerita diatas, jangan menggunakan telefon semasa berlakunya petir...
Sebenarnya , semua perkara yang berlaku diatas jalan sebab dan musabbab yang ditentukan ALLAH...
Anda sedang membaca artikel Terkena Petir Gara-Gara Menghantar SMS dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/06/terkena-petir-gara-gara-menghantar-sms.html. Semoga artikel Terkena Petir Gara-Gara Menghantar SMS ini bermanfaat buat anda.


1 comment

25 June 2011 at 13:36

jom singgah blog saya utk dptkan info n updates ttg vitamin shaklee..:-)

Post a Comment

 

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors