0 Download Ucapan Belanjawan 2012



Ucapan Pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Menteri Kewangan di Parlimen Jumaat ini akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan dan portal Perbendaharaan Malaysia.

Kenyataan Kementerian Kewangan hari ini menyebut ia adalah bagi memudahkan pengguna internet mengikuti siaran langsung ucapan berkenaan yang bermula 4 petang.

Siaran langsung ucapan itu boleh didapati dalam dua versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan melayari portal Perbendaharaan Malaysia di http://www.treasury.gov.my.

Teks ucapan belanjawan 2012 dan Laporan Ekonomi 2011/2012 juga boleh dimuat turun dari portal berkenaan sejam selepas Perdana Menteri membentangkan belanjawan.

Menurut kenyataan itu lagi, ucapan Belanjawan 2012 juga boleh diakses melalui mobile web http://www.treasury.gov.my/bajetmobile, pautan RSS di http://www.treasury.gov.my dan pautan menerusi laman web agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti Kastam DiRaja Malaysia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel Download Ucapan Belanjawan 2012 dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/10/download-ucapan-belanjawan-2012.html. Semoga artikel Download Ucapan Belanjawan 2012 ini bermanfaat buat anda.


Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors