2 Bayi Baik Tidur Dalam Dakapan Ibu



Kaum ibu dinasihati tidur sekatil dengan bayi mereka sehingga bayi mereka berusia sekurang-kurangnya tiga tahun kerana ia baik untuk kesihatan bayi.

Nasihat kontroversi itu dikeluarkan oleh pakar pediatrik yang mendapati bayi-bayi berusia dua tahun yang tidur bersendirian tidak dapat tidur nyenyak berbanding bayi yang tidur dalam dakapan ibu mereka.

Menurut Dr. Nils Bergman dari Universiti Cape Town, Afrika Selatan, kajian yang mereka jalankan mendapati jantung bayi yang tidur bersendirian akan berada dalam keadaan lebih tertekan.

Bergman berkata, bayi yang baru dilahirkan dinasihati tidur dalam dakapan ibu mereka untuk tempoh beberapa minggu dan kemudian tidur di katil ibunya sehingga berusia tiga hingga empat tahun.

Kajian tersebut turut mendapati bayi yang tidur bersendirian susah untuk rapat dengan ibunya dan perkembangan otak mereka juga akan terganggu.

Gangguan tidur pada usia yang masih kecil berkemungkinan akan menyebabkan mereka mempunyai kelakuan yang tidak baik ketika mereka besar nanti, katanya.


Anda sedang membaca artikel Bayi Baik Tidur Dalam Dakapan Ibu dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/10/bayi-baik-tidur-dalam-dakapan-ibu.html. Semoga artikel Bayi Baik Tidur Dalam Dakapan Ibu ini bermanfaat buat anda.


2 comments

29 October 2011 at 09:22

sebab dapat kasih sayang dan dakapan ibu..tidur lebih lena

29 October 2011 at 09:54

Baby rasa selamat di dalam dakapan parents...

Tapi parents pun mahu privacy juga :-)

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors