6 Himpunan Sejuta Umat Cegah Murtad (Himpun)



Himpunan Sejuta Umat yang bakal diadakan di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober ini merupakan satu manifestasi bagi membendung ancaman kepada akidah umat Islam di Malaysia.
STADIUM Shah Alam yang akan menjadi lokasi Himpunan Sejuta Umat pada 22 Oktober ini.

Perhimpunan raksasa yang buat pertama kali diadakan itu dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat Cegah Murtad (Himpun) dengan kerjasama kira-kira 1,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara.

Setiausaha Sekretariat Himpun, Aminuddin Yahaya berkata, ia merupakan satu perhimpunan yang dianjurkan tanpa sebarang kepentingan politik dan kesemua wakil parti dan NGO digalakkan hadir.

“Kami yang mewakili hampir 1,000 NGO daripada pelbagai latar belakang akan bersama-sama menjayakan Himpunan Sejuta Umat bagi merakamkan rasa terharu kami di atas ketegasan dan komitmen yang ditunjukkan oleh Sultan Selangor berhubung isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja baru-baru ini,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.
Anda sedang membaca artikel Himpunan Sejuta Umat Cegah Murtad (Himpun) dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/10/himpunan-sejuta-umat-cegah-murtad.html. Semoga artikel Himpunan Sejuta Umat Cegah Murtad (Himpun) ini bermanfaat buat anda.


6 comments

Anonymous
12 October 2011 at 10:51

Salam...bagaimana ingin mendapatkan no tel. Sekretriat?hubungi saya di alteza82@yahoo.co.uk

12 October 2011 at 13:09

@Anonymousboleh hubungi di maklumat di bawah ini:-

Alamat
No 45, Lorong Rahim Kajai 13
Taman Tun Dr. Ismail
60000 Kuala Lumpur

Telefon
03-410 60175

Fax
03-414 74635

12 October 2011 at 22:17

nak berhimpun besar2 ke?

12 October 2011 at 22:27

@Bro ahmad
ye... dtg lah, biar org yg non muslim gerun dgn himpunan ini. Himpunan utk menyatakan rasa cinta kita kepada agama ALLAH ini. Cinta kita terhadap sesama muslim. Kita selamatkan saudara kita daripada murtad dari agama ALLAH

Anonymous
20 October 2011 at 20:30

Semoga perhimpunan ini mendapat redha Allah.

20 October 2011 at 20:47

@Anonymous InsyaAllah kalau niat kita betul utk agama ALLAH ini...

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors