4 Saluran Sesame Street Digodam Dengan Video Lucah



Program kanak-kanak Sesame Street kembali ke alam siber kelmarin selepas siarannya di saluran YouTube menjadi sasaran beberapa penggodam tidak dikenali yang menggantikan watak Ernie, Abby, Big Bird and the Cookie Monster dengan video lucah.

Laman perkongsian video YouTube milik Google menarik balik saluran tersebut pada Ahad lalu apabila program kanak-kanak itu digantikan dengan klip video dewasa berjudul: Kandungan Terbaru Sesame Street Khusus Untuk Kanak-Kanak! Dibawa Kepada Anda Oleh Mr EdWxwx.

"Kami memohon maaf atas masalah yang dialami para penonton kami berhubung siaran Sesame Street di saluran YouTube," kata satu kenyataan di laman web www.youtube.com/sesamestreet selepas program itu pulih.

Seorang jurucakap YouTube memberitahu agensi berita AFP: "Garis panduan komuniti YouTube melarang penyiaran bahan lucah. Seperti biasa, kami membuang kandungan tidak bersesuaian sebaik sahaja kami dimaklumkan mengenainya,".

Program Sesame Street di YouTube memiliki hampir 500,000 penonton berbayar.
Anda sedang membaca artikel Saluran Sesame Street Digodam Dengan Video Lucah dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/10/saluran-sesame-street-digodam-dengan.html. Semoga artikel Saluran Sesame Street Digodam Dengan Video Lucah ini bermanfaat buat anda.


4 comments

19 October 2011 at 09:45

Selalu tengok masa kecik2 dulu...woww template apa ni, macam best je

19 October 2011 at 09:51

@Bro ahmad saya pun dulu suka jgk tgk. cantik ke template baru saya ni. hahaha

19 October 2011 at 10:25

hackers ni xde kerja sebenarnya..

19 October 2011 at 10:36

@FaKArePa!n godam tu kira kerjalah bro. disamping menyusahkan org.

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors