Syiling emas berkenaan memiliki berat lebih satu tan dan bernilai sekitar AS$55 juta (RM171.8 juta).
Sebelah syiling itu tertera gambar seekor kanggaru sedang melompat. manakala sebelah lagi memiliki profil ketua negara Britain, Ratu Elizabeth II.
Syiling emas itu diperkenalkan sempena sidang kemuncak negara-negara Komanwel yang akan dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II di sini pada minggu ini.
Syiling gergasi seberat 1,012 kilogram itu mengandungi 99.99 peratus emas tulen. Lebar siling itu hampir 80 sentimeter (sm), sementara tebalnya ialah 12sm.
Kilang wang tersebut mengambil masa 18 bulan untuk menghasilkan syiling tersebut yang kini dipamerkan kepada orang ramai.
3 comments
Info yang menarik,mata wang berdasarkan emas dan perak lebih baik dalam situasi kegawatan ekonomi dunia,USA dan beberapa buah negara eropah sendiri sudah bankrap,tetapi masih bertahan sebab ramai yang masih percayakan mereka dan menggunakan mawatang US
Perghh btl2 emas. bernilai ni hehehe...
Anyway cun gak template ko ni. Mcm nk buat satu template lebih kurang cam ni la :D
@shah Blogger kode template yang saya beri utk dimasukkan Tag Heading dah wat ke bro shah...
Post a Comment