1 Kes Sebar Agama Lain Kepada Umat Islam Boleh Ke Mahkamah Sivil




Orang bukan Islam yang menyebarkan fahaman agama mereka kepada umat Islam boleh didakwa di mahkamah sivil mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kesalahan yang diperuntukkan di bawah enakmen itu antaranya melibatkan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang beragama Islam supaya mengubah keimanan.


Kesalahan lain ialah menerbit dan menyebarkan terbitan mengenai apa-apa agama selain Islam serta mendedahkan orang belum dewasa beragama Islam kepada pengaruh agama bukan Islam.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 yang berkaitan portfolionya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

“Sangat ramai yang tidak sedar kewujudan enakmen ini yang sudah dilaksanakan pada tahun 1980, dan ia (mereka yang bersalah) tidak akan didakwa di mahkamah syariah,” katanya.

Beliau berkata, antara negeri yang menguatkuasakan enakmen itu ialah Terengganu, Kelantan, Selangor, Melaka, Kedah, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Perlis.




Anda sedang membaca artikel Kes Sebar Agama Lain Kepada Umat Islam Boleh Ke Mahkamah Sivil dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/10/kes-sebar-agama-lain-kepada-umat-islam.html. Semoga artikel Kes Sebar Agama Lain Kepada Umat Islam Boleh Ke Mahkamah Sivil ini bermanfaat buat anda.


1 comment

25 October 2011 at 07:33

mangkin menjadi2 nak sesatkan umat islam..huhh parah

Post a Comment

 

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors