Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu ‘alaihi Wasallam sabdanya:
Tidak
sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi
mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid (yang
berikut): Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul (Masjidi an-Nabawi di
Madinah) dan Masjidil Aqsa di Palestin. Hadis Al-Bukhari
Dalam hadis-hadis yang lain ada menerangkan kelebihan ketiga-tiga masjid tersebut di antaranya yang bererti :-
Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu ‘alaihi Wasallam telah bersabda;
Melakukan
sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini
adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain
melainkan Masjidil Haram.
Kemudian diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang bermaksud; Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :-
Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain.
Daripada hadis-hadis di atas Nabi menggalakkan untuk menziarahi
ketiga-tiga masjid yang bersejarah iaitu Masjidil Haram di Mekah, Masjid
An-Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin. Di samping itu,
baginda menggalakkan juga kepada umat Islam sama ada yang tinggal
menetap di Mekah, di Madinah atau yang datang dari seluruh dunia untuk
mengerjakan ibadat haji kemudian mengerjakan sembahyang sebanyak-banyak
yang dapat di kedua-dua masjid yang mulia itu bagi mendapat pahala yang
berganda-ganda.
Dalam sebuah hadis lagi ada menerangkan pula secara khusus kelebihan
orang yang mengerjakan sembahyang di masjid Nabi sebanyak 40 waktu
berturut-turut iaitu :-
Dari Anas bin Malik Radhiallahu Anhu, Rasulullah Sallallhu ‘alaihi Wasallam bersabda;
Sesiapa
sembahyang di masjidku 40 sembahyang (dengan syarat) ia tidak
ketinggalan dalam satu sembahyang (waktu) pun, nescaya akan ditulis
baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan dari azab siksa dan (ia
juga akan bersih) dari sifat munafik.
Biasanya orang-orang yang pergi menunaikan haji dan menziarahi masjid
dan makam Nabi di Madinah, untuk mendapatkan kelebihan ini mereka akan
tinggal di Madinah selama 8 hari sekurang-kurangnya iaitu untuk
mengerjakan sembahyang dalam 40 waktu selain daripada mengerjakan
sembahyang-sembahyang sunat yang dituntut.
Mengenai kelebihan Masjidil Aqsa pula ada diterangkan dalam hadis-hadis yang lain yang bermaksud :-
Satu
sembahyang yang dikerjakan di masjid itu lebih afdhal daripada 500
sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil
Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.
Demikianlah kelebihan ketiga-tiga masjid itu iaitu satu sembahyang yang
dikerjakan di Masjidil Haram lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang
yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain
(kecuali Masjid Nabi di
Madinah dan Masjid Aqsa di Palestin, dan satu sembahyang yang dikerjakan
di Masjid Nabi (di Madinah) pula lebih afdal daripada 1 000 sembahyang
yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjidil Haram dan
Masjid Nabi) sementara satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Aqsa
(di Palestin) lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di
masjid-masjid yang lain (kecuali Masjidil Haram dam Masjidil
Nabawi).
Di samping itu, Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi
Wasallam telah mengakui bahawa Masjid Quba’ adalah sebuah masjid yang
dikasihinya dan kerap kali baginda menziarahinya serta sembahyang di
dalamnya.
Abdullah
bin Omar Radiallahu Anhu ada meriwayatkan “adalah Nabi Sallallahu
‘alaihi Wasallam selalu berziarah ke Masjid Quba’” dan satu riwayat lagi
menyatakan Rasulullah berziarah ke Masjid Quba’ setiap hari Sabtu,
kadang-kadang menunggang unta dan terkadang-kadang berjalan kaki serta
menunaikan sembahyang sunat dua rakaat di dalamnya.
Usaid bin Zahir Radiallahu Anhu pula meriwayatkan sebuah hadis yang maknanya “satu sembahyang di dalam masjid Quba’ diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah.”
1 comment
Teringin sangat nak pergi sana.. :)
Post a Comment