3 Pemuda 17 Tahun Didakwa Tembak Muammar Gaddafi



Seorang pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan mengacukan sepucuk pistol ke arah Muammar Gaddafi di Sirte dalam rakaman video yang disiarkan kelmarin.

Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati ditembak oleh seorang pejuang antipemerintahannya yang berusia di bawah umur, lapor beberapa buah akhbar semalam.


Menurut akhbar The London Times, Gaddafi mati ditembak dengan menggunakan sepucuk pistol bersadur emas miliknya.

Gaddafi membawa pistol itu semasa dia ditangkap oleh para pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) di dalam saluran pembentungan di luar bandar kelahirannya di Sirte pada Khamis lalu selepas beberapa pengikutnya turut terbunuh.

Dalam kejadian itu, konvoi Gaddafi diserang oleh jet Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyebabkan dia melarikan diri ke dalam saluran pembentungan tersebut.

“Gaddafi pada mulanya ditangkap oleh para pejuang dari timur,” kata satu sumber.

“Kemudian, kumpulan pejuang Misrata muncul untuk membawanya.

“Kumpulan pejuang dari timur tidak suka dengan (tindakan itu) menyebabkan seorang pejuang menarik pistol Gaddafi dan menembaknya. Kumpulan itu memberitahu kumpulan dari Misrata bahawa anda boleh mengambilnya sekarang,” tambah sumber tersebut.

Sumber itu memuji pemuda yang membunuh Gaddafi sebagai wira Libya.

“Kami tahu siapa yang membunuhnya. Dia merupakan seorang rakyat Libya. Justeru, kami akan melindunginya. Dia di bawah umur, justeru, dia tidak boleh dihadapkan ke mahkamah,” kata sumber tersebut.
Akhbar Mail Online melaporkan bahawa pemuda yang menembak Gaddafi itu berumur 17 tahun.
Anda sedang membaca artikel Pemuda 17 Tahun Didakwa Tembak Muammar Gaddafi dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/10/pemuda-17-tahun-didakwa-tembak-muammar.html. Semoga artikel Pemuda 17 Tahun Didakwa Tembak Muammar Gaddafi ini bermanfaat buat anda.


3 comments

24 October 2011 at 08:12

pembunuh tetap pembunuh, tak boleh halalkan cara..perkara selayaknya seorang tawanan adalah perlindungan.

24 October 2011 at 14:58

kenapa mereka guna budak umur 17thn...mungkin ke sebab bawah umur.

24 October 2011 at 20:06

i think sbb bawah umur or ada propaganda di situ..

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors