4 Jip Tentera Yang Boleh Terbang Dicipta



Ia mungkin kelihatan seperti gambaran dalam komik tetapi jip terbang ini akan menjadi kenyataan, tidak lama lagi.

Agensi Projek Penyelidikan Pertahanan Lanjutan (Darpa), iaitu satu daripada cabang tentera Amerika Syarikat sedang membina kenderaan futuristik ini menggunakan model kenderaan tentera Humvee dan dijangka sedia digunapakai menjelang akhir tahun depan.


Jip itu dicipta supaya dapat dipandu merentasi muka bumi paling sukar, mampu menahan tembakan senjata dan boleh terbang serta mendarat dengan hanya satu petikan suis.

Tentera AS berharap Humvee terbang itu boleh membawa empat askar bersama peralatan mereka pada satu-satu masa, terbang dan mendarat secara menegak, boleh diterbangkan sejauh 400 kilometer dengan menggunakan satu tangki penuh minyak serta boleh dikendalikan tanpa perlu latihan sebagai juruterbang.

Kenderaan dwi-fungsi ini bukanlah yang pertama di dunia kerana sebelum ini, syarikat Terrafugia telah mencipta Transition, iaitu kapal terbang kecil yang sayapnya boleh dilipat dan dijadikan kereta biasa. Penggunaan Transition diluluskan di AS, Julai lalu selepas melepasi beberapa ujian.


Anda sedang membaca artikel Jip Tentera Yang Boleh Terbang Dicipta dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/10/jip-tentera-yang-boleh-terbang-dicipta.html. Semoga artikel Jip Tentera Yang Boleh Terbang Dicipta ini bermanfaat buat anda.


4 comments

30 October 2011 at 14:16

makin bahaya ni..

30 October 2011 at 22:23

Humvee kenderaan darat dah terbukti keberkesanaan dlm tentera diaorang, kalau humvee terbang patut digeruni.

Anonymous
30 October 2011 at 23:08

perhhh..ape lagi lak d0rang nak cipta pasni

31 October 2011 at 00:00

buat la motor terbang pulak XD..MANFAAT UNTUK SEMUA

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors