Ulama-ulama tasawuf telah membahagi-bahagikan peringkat nafsu ini kepada tujuh peringkat beserta tanda atau cara untuk mengenali setiap peringkat nafsu.
Berikut ialah peringkat-peringkat nafsu seseorang :-
1. Nafsu Ammarah
2. Nafsu Lawwamah
3. Nafsu Mulhamah
4. Nafsu Mutmainnah
5. Nafsu Radhiah
6. Nafsu Mardhiyyah
7. Nafsu Kamil
Sebagai entri kali ini saya akan menerangkan nafsu peringkat pertama iaitu Nafsu Ammarah. Yang lain tu, insyaALLAH akan saya terangkan pada entri akan datang.
Nafsu Ammarah
Kebanyakkan mereka pada peringkat ini selalu terdedah kepada godaan nafsu dan syaitan. Oleh yang demikian nafsu ini selalu sahaja mengajak seseorang berbuat kejahatan samaada ia tahu bahawa perbuatan itu jahat atau tidak.
Baik dan jahat adalah sama sahaja disisi hati mereka. Tiada dalam hati mereka meresa duka atau menyesal di atas perbuatan jahat, malah kadang-kadang tu merasa lega dan gembira bila melakukannya.
Sebagai contoh untuk memudahkan anda faham : kalau tinggal solat misalnya maka tiada perasaan runsing, kesal, takut dalam meninggalkannya. Bahkan merasa bangga,gembira dan ria'.
Firman ALLAH SWT bermaksud "Sesungguhnya nafsu (ammarah) itu sangat menyuruh berbuat kejahatan".
Sesetengah daripada sifat-sifat yang timbul bagi mereka yang memiliki nafsu ammarah ini, iaitu :-
1. Bakhil
2. Tamak
3. Panjang angan-angan
4 Sombong
5. Ingin dan kasihkan kemegahan.
6. Ingin namanya terkenal dan masyhur.
7. Hasad dengki.
8. Dendam kesumat.
9. Khianat dan berniat jahat.
10. Lalai kepada ALLAH.
11. Lain-lain lagi...
Nafsu pada peringkat ini adalah serendah-rendah darjat dan sejahat-jahat nafsu dalam perbicaraan ilmu tasawuf. Oleh itu, carilah jalan untuk mengatasi agar tidak menggolongkan diri anda dalam peringkat nafsu yang jahat ini.
Nafsu Lawwamah
Bersambung
dengan perbicaraan nafsu yang seterusnya iaitu Nafsu Lawwamah. Apakah
yang dimaksudkan dengan nafsu lawwamah ini ? Dan apakah ciri-ciri untuk
mengenal nafsu ini ?
Nafsu
Lawwamah ialah nafsu yang selalu mengkritik diri sendiri apabila
berlaku suatu kejahatan dosa yang dilakukan oleh dirinya. Nafsu di
peringkat ini lebih baik dan tinggi sedikit martabatnya daripada Nafsu Ammarah kerana ia tidak puas hati di atas dirinya yang melakukan kejahatan lalu ia pun mencela dan mencerca dirinya sendiri.
Walaupun darjat nafsu ini lebih tinggi dari yang dahulu tetapi tabiatnya sekali-sekala tidak terlepas juga dari jatuh ke dalam melakukan dosa dan kejahatan, lalu ia cepat-cepat beristighfar kepada ALLAH serta menyesal di atas kesalahan yang dilakukan itu. Di dalam al-Quran, ALLAH berfirman yang bermaksud :-
Walaupun darjat nafsu ini lebih tinggi dari yang dahulu tetapi tabiatnya sekali-sekala tidak terlepas juga dari jatuh ke dalam melakukan dosa dan kejahatan, lalu ia cepat-cepat beristighfar kepada ALLAH serta menyesal di atas kesalahan yang dilakukan itu. Di dalam al-Quran, ALLAH berfirman yang bermaksud :-
"Aku bersumpah dengan nafsu lawwamah (pencerca dan pengkritik diri)"
Sebagai contoh : kalau seseorang itu tertinggal sembahyang misalnya terdapatlah rasa kecut di hati kerana menyesal meninggalkan sembahyang lalu cepat-cepat qadha dengan tiada perasaan bertangguh-tangguh lagi dan memohon keampunan bersungguh-sungguh kepada ALLAH.
Antara sifat-sifat yang timbul dari benih nafsu lawwamah itu ialah :-
1. Mencela kepada kesalahan diri sendiri.
2. Bertabiat berfikir ( tafakkur ).
3. Terdapat perasaan kecut hati bila bersalah.
4. Perasaan mengkritik diri terhadap apa jua yang dikatakan kejahatan.
5. Hairan diri sendiri kerana menyangka dirinya lebih baik ( ujub ).
6. Membuat suatu kebajikan kerana hendak memperlihatkan kepada orang lain ( ria' ).
7. Memperdengarkan kepada orang lain sesuatu kebaikan atau amalan yang dibuatnya supaya mendapat pujian orang ( sum ah ).
8. Dan lain-lain lagi daripada sifat-sifat keaiban hati.
Martabat nafsu lawwamah ini terletak pada kebanyakan orang awam yang kelas istemewa dari martabat ammarah diatas.
1 comment
nafsu tu penting jugak..yang penting cara nak mengawalnya
Post a Comment