Gangguan perkhidmatan Blackberry kali ini adalah yang terbesar dalam tempoh beberapa tahun.
Perkembangan itu berlaku menjelang pelancaran model telefon pintar iPhone baharu keluaran Apple, iPhone 4S hari ini.
Pengeluar Blackberry, Research In Motion Ltd (RIM) menyatakan, satu sambungan penting dalam prasarananya di Eropah mengalami kegagalan pada Isnin lalu dengan sambungan bantuan turut tidak berfungsi.
Gangguan teknikal tersebut bagaimanapun telah dibaiki. Menurut kenyataan RIM lagi, masih terdapat lambakan mesej dan e-mel dalam sistem datanya yang belum dapat diselesaikan.
Lambakan e-mel dan mesej itu beransur berkurangan setakat tengah hari semalam.
Dalam suku kewangan terbaharu tahun ini, RIM telah menjual sebanyak 10.6 juta Blackberry, susut daripada 12.1 juta unit dalam suku kewangan sama tahun lalu.
3 comments
gangguan..manmala nak tau Malaysia dah tandatangan persetujuan yang BB ni melabur dan buat kilang kt sini dan pasaran besarnya Indonesia.
@Bro ahmad btul ke, tak tahu pula saya...
BB tetap pilihan. Heheheee ...
Post a Comment