1 Taiwan Tower Menara Besi Unik




Taiwan Tower Menara Besi Unik ? Bakal menghiasi ruang udara bandar Taichung di Taiwan, struktur besi mengagumkan ini mungkin akan menjadi antara bangunan paling menarik di dunia.

Menara Taiwan(Taiwan Tower) setinggi 305 meter ini akan dihasilkan menggunakan ribuan batang besi dan membentuk struktur segi tiga. Ia akan menempatkan sebuah taman bumbung, iaitu yang tertinggi di dunia untuk dinikmati pelawat.

Dengan ketinggian sama seperti Menara Eiffel di Perancis, bangunan ini adalah hasil idea arkitek dari Jepun, Sou Fujimoto yang memenangi pertandingan antarabangsa untuk mereka bangunan itu.

Dijangka siap pada 2017, bangunan dengan kos mencecah 6.59 bilion dolar Taiwan (RM688 juta) itu akan menggunakan tenaga boleh diperbaharui seperti air hujan dan solar untuk keperluan tenaga.
 
 
 
Anda sedang membaca artikel Taiwan Tower Menara Besi Unik dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/12/taiwan-tower-menara-besi-unik.html. Semoga artikel Taiwan Tower Menara Besi Unik ini bermanfaat buat anda.


1 comment

10 December 2011 at 12:34

ribuan batang besi setinggi 300 meter.. sebatang besi nak berdiri kukuh 300 meter.. hmmm... 2017,, tak laman sangat..

otak aku tafsir bende ni mustahil, tapi boleh je buat kalau tanam tapak lagi dalam atau semua besi gabung sekali kat tapak dalam tanah..

well.. thanx for the sharing :D

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors