2 YouTube Perkenal Reka Bentuk Laman Baharu




Laman perkongsian sosial YouTube memperkenalkan reka bentuk baharu kelmarin dengan paparan gaya program televisyen selain integrasi yang lebih baik dengan laman-laman web Google.

"Kami mencuba sedaya upaya mengabungkan ciri terbaik televisyen dengan ciri terbaik Internet," kata timbalan presiden pembangunan produk YouTube, Shishir Mehrotra di pejabat YouTube di sini.

"Terma video atas talian tidak lagi akan digunakan kerana video boleh ditonton dengan menggunakan pelbagai gajet," tambahnya.

Untuk mengukuhkan kenyataan tersebut, pengurus produk kumpulan YouTube, Shiva Rajaraman melakukan demonstrasi menonton klip video YouTube menerusi konsol permainan video Microsoft, Xbox360 yang disambungkan pada Internet.

Laman utama baharu YouTube menampilkan beberapa saluran yang dihasilkan oleh pelbagai sumber bermula daripada penggemar klip video hingga kepada stesen televisyen profesional atau studio perfileman.


Anda sedang membaca artikel YouTube Perkenal Reka Bentuk Laman Baharu dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/12/youtube-perkenal-reka-bentuk-laman.html. Semoga artikel YouTube Perkenal Reka Bentuk Laman Baharu ini bermanfaat buat anda.


2 comments

3 December 2011 at 15:15

wahh canggih ni..sejak layan blog jarang ke sana

4 December 2011 at 15:58

smart... google search engine pn da tuka intrface :D

Post a Comment

 

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors