6 Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500




Borang Permohonan/Cara Memohon/Syarat Permohonan Bantuan Rakyat RM500? Kementerian Kewangan semalam menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

Ini merangkumi individu yang berkahwin, ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, bujang yang mempunyai tanggungan, dan warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) sebatang kara.

Seramai 5.2 juta isi rumah dijangka layak menerima bantuan RM500 sekali bayar itu dengan kos RM2.6 bilion.

Kementerian Kewangan juga mengingatkan bahawa pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada 10 Disember ini hingga 10 Januari, 2012.

Borang pendaftaran boleh didapati secara percuma di :-
1-Jabatan Pembangunan Persekutuan
2-Jabatan Penerangan Malaysia, 
3-Pejabat Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
4-Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
5-Akhbar Harian Tempatan.

Anda juga boleh memuat turun/download borang permohonan bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M)  di : -

atau


Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada :-
1-Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri
2-Jabatan Penerangan
3-Pejabat Cawangan LHDNM
4-Pusat Khidmat LHDNM
5-Sekolah-Sekolah Terpilih

Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pembayaran akan dibuat mulai pertengahan Januari 2012.



Anda sedang membaca artikel Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/12/borang-permohonan-bantuan-rakyat.html. Semoga artikel Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 ini bermanfaat buat anda.


6 comments

10 December 2011 at 22:27

rezki kerajaan bagi..sape taknak? heheee

10 December 2011 at 22:56

@Bro Ahmad bolehlah memohon bro...

11 December 2011 at 00:22

berguna juga maklumat ni. tq.

11 December 2011 at 10:10

hurmm..kerajaan MURAH hati yew

ingin tahu...
11 December 2011 at 11:07

maklumat ni sngt padat n lengkap bg org2 yg ingin tahu dgn lebih terperinci,seperti kami yg membaca ni.....:-)

13 December 2011 at 00:28

sangat berguna

Post a Comment

 

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors