2 Nasa Temui Planet Kepler-22b Seperti Bumi




Nasa Temui Planet Kepler-22b Seperti Bumi? Sebuah planet hampir sama dengan Bumi ditemui sedang mengelilingi bintang seperti matahari pada jarak 600 tahun cahaya, atau 6000 trilion kilometer dari Bumi.

Penemuan yang diumumkan saintis, kelmarin, dianggap detik penting dalam pencarian berterusan kehidupan lain di angkasa lepas.

Planet dinamakan Kepler-22b itu adalah satu daripada 500 planet yang mengelilingi bintang di luar sistem solar Bumi dan dipercayai mempunyai air di permukaannya, iaitu keperluan paling penting untuk hidup.

“Kepler-22b mempunyai saiz serupa dengan Bumi dan mungkin boleh didiami,” menurut ahli astronomi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), Natalie Batalha.


Anda sedang membaca artikel Nasa Temui Planet Kepler-22b Seperti Bumi dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/12/nasa-temui-planet-kepler-22b-seperti.html. Semoga artikel Nasa Temui Planet Kepler-22b Seperti Bumi ini bermanfaat buat anda.


2 comments

11 December 2011 at 19:42

hmmmm... kadang2 terfikir pulak... macam mana diorang boleh nampak or at least, known that planet exist there..

yerlaa 600tahun cahaya,, i wonder..

12 December 2011 at 00:22

macam mana la boleh terjumpa dengan planet2 ni ye..?

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors